21 October 2008

Kalau kera di hutan disusukan

Sultan murka kerajaan Pas gagal tadbir Kelantan



SULTAN Kelantan, DYMM Tuanku Ismail Petra Sultan Yahya Petra bertitah merasmikan Persidangan kali ke 3 (Belanjawan) bagi tempoh penggal pertama Dewan Negeri Kelantan, Kota Bharu, yang ke 12 tahun 2008 di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Kota Darulnaim, Kota Bharu semalam. - Foto Zaman Huri Isa

KOTA BHARU: Tuanku Ismail Petra semalam menegur kerajaan Pas Kelantan kerana masih gagal mengurus dan membangunkan negeri ini dengan cekap, termasuk dalam pengurusan hasil serta kewangan.

Sultan Kelantan turut mengingatkan kerajaan negeri supaya memartabatkan institusi masjid dan tidak menggunakannya untuk kepentingan pihak tertentu.

"Beta ingin menarik perhatian kepada pengisytiharan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) sebagai bandar raya Islam sejak 2006. Perancangan dari aspek kebersihan dan keselamatan perlu dinilai semula kerana beta melihat beberapa elemen belum mencapai matlamat.


"Beta berharap MPKB memberi fokus kepada elemen terbabit bagi menjamin pencapaian matlamat itu," titah baginda ketika menyempurnakan Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan) Dewan Negeri Kelantan di Kota Darulnaim di sini. Hadir sama, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Tuanku Ismail Petra bertitah, pertumbuhan sektor pelancongan negeri juga masih bergantung kepada segmen domestik yang menyumbang 80 peratus kemasukan pelancong ke Kelantan.

"Beta menyarankan peranan Pusat Penerangan Pelancongan Negeri dinilai semula sesuai dengan kepentingan sektor ini dalam menyumbang kepada ekonomi negeri. Sudah sampai masa, entiti baru yang lebih berkesan ditubuhkan supaya dapat bersaing dengan lebih kompetitif," titah baginda.



Bagi mengimbangi tanggungjawab pembangunan negeri pula, baginda menyarankan Enakmen Perbadanan Menteri Besar Kelantan serta Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dikaji semula supaya tidak wujud pertindihan dan persaingan.


[baca selanjutnya]


Nota :-


1. Bak pepatah Melayu kita "kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan". Kerajaan negeri yang digelar Serambi Mekah itu walaupun sudah lebih 18 tahun diberi peluang memerintah namun masih gagal mentranformasikan negeri pemerintahan mereka ini ke tahap yang boleh dipuji. Kepesatan pembangunan oleh negeri-negeri lain tidak pernah dicontohi malah sering dipertikaikan pula perlaksanaannya.


2. Kita sebenarnya sedar bahawa pemimpin-pemimpin mereka lebih banyak membuat perancangan serta strategik yang kental untuk terus mempertahankan serta menambahkan sokongan serta pengikut terhadap parti yang mereka wakili. Dengan ketaksuban mereka ini dengan sendirinya mereka melupakan tanggungjawab, amanah serta kebajikan rakyat terutama yang telah memilih mereka.


3. Kenapa ianya terjadi? Secara peribadi saya berpendapat para pemimpin mereka sebenarnya tidak jujur. Tidak Ikhlas. Tidak bertanggungjawab. Pentingkan diri sendiri. Pentingkan tembolok sendiri. Mengapa rakyat tidak bangun menentang mereka? Secara peribadi saya berpendapat, rakyat mereka telah dimomokkan dengan rasa bersalah dan berdosa kerana sebarang penentangan dan teguran terhadap alim ulama adalah sama dosanya menentang agama.


4. Jika dilihat bahawa kebanyakan rakyat mereka ini telah berjaya memajukan diri dan keluarga di perantauan. Mereka bekerja keras dan mendapat hasil dan pulangan yang lumayan atas usaha yang jitu yang mana perkara yang sama pasti tidak akan berlaku sekiranya mereka terus tinggal di negeri sendiri.


5. Namun, berdasarkan senario semasa, tiada perubahan yang akan berlaku terhadap keseluruhan rakyat Serambi Mekah. Perubahan yang ketara adalah mereka berjaya menawan sebuah lagi negeri melalui kerjasama dan sokongan yang mereka sendiri pernah persoalkan, yang pernah mereka fatwakan haram, yang pernah mereka sanggah mengikut nas dan hadis acuan mereka.


No comments:

Cars & Formula 1