Suhakam sahkan tiada penganiayaan terhadap pendatang Filipina
KOTA KINABALU 21 Okt. _ Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengesahkan tidak terdapat unsur penganiayaan atau kekejaman terhadap tahanan warga Filipina di pusat tahanan sementara di negeri ini.
Naib Pengerusinya, Tan Sri Simon Sipaun berkata, siasatan suruhanjaya itu di pusat tahanan sementara di negeri ini mendapati tidak berlaku penganiayaan ke atas rakyat negara itu seperti didakwa.
Menurut beliau, masalah sebenar yang dihadapi oleh rakyat negara itu ialah kelewatan mendapatkan dokumen perjalanan dan kualiti makanan di pusat tahanan tersebut.
``Kelewatan pihak kedutaan Filipina di Kuala Lumpur menyediakan dokumen kepada rakyat negara itu di pusat tahanan sementara di negeri ini menimbulkan dakwaan lain seperti layanan buruk pihak berkuasa Malaysia pula,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai lawatan Suhakam ke Pusat Tahanan Sementara Kota Belud, semalam. - Utusan
Nota :
1. Jelas bahawa setiap tuduhan dan dakwaan pihak-pihak tertentu berhubung dengan layanan buruk oleh kerajaan Malaysia terhadap pendatang asing ini terbukti tidak benar dan berniat jahat sedangkan mereka-mereka ini hidup dengan keselesaan sesuai dengan taraf pendatang asing yang diberi makanan serta tempat tinggal tanpa rasa takut dikenakan undang-undang keras.
2. Malah mereka menuntut pelbagai kemudahan sepertimana yang dinikmati oleh rakyat tempatan sedangkan mereka tidak menyumbang kearah kemajuan negara ini. Dalam pada masa yang sama terdapat segelintir pemimpin tempatan yang beria-ia mempertahankan pendatang-pendatang ini dengan pelbagai dakwaan yang tidak lebih hanya untuk mencari publisiti murah serta berkepentingan sendiri.
3. Sudah resam kita yang tidak pernah ada sikap patriotik terhadap negara dan bangsa sendiri melainkan ia memberikan keuntungan pada diri serta konco-konconya. Maka itu setiap permasalahan yang berhubung dengan isu pendatang asing ini tidak akan selesai sampai bila-bila pun selagi kita rakyat Malaysia tidak mempertahankan sendiri tanahair ini.
No comments:
Post a Comment