28 November 2008

Marahkan nyamuk...

'Merenjis, bersanding juga ada unsur agama lain'- Mufti

Harakahdaily
Thu | Nov 27, 08 | 9:29:44 am MYT

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Hrkh) - Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin. telah menegur pihak Majlis Fatwa Kebangsaan supaya memberi alternatif pada fatwa yoga dengan membuang unsur yang bertentangan dengan agama Islam.

Beliau menasihatkan agar Majlis Fatwa tidak terlalu kaku dalam mengeluarkan fatwa dan memberi alternatif yang memisahkan amalan yoga yang mengandungi unsur agama dengan amalan yoga untuk kebaikan kesihatan. "Saya bukan kata fatwa itu salah. Memanglah apa saja perlakuan yang menyerupai agama lain itu haram. Kita sepatutnya pisahkan bacaan atau mentera dalam senaman yoga itu sendiri. Jangan ada sebarang unsur-unsur syirik yang menyamai agama lain. "Majlis Fatwa jangan hanya mengharamkan saja tapi berilah alternatif," katanya yang dipetik daripada laman web. Katanya banyak lagi amalan-amalan sukan yang diambil dari budaya lain seperti tai chi, judo, taekwando dan semua sukan tersebut bukan asal usul Islam tetapi diamalkan kerana ianya baik untuk kesihatan. Katanya seseorang perlu meningggalkan yang bertentangan sahaja, samada pergerakan, bacaan atau kepercayaan namun boleh mengekalkan pergerakan yoga yang baik untuk kesihatan. "Semua sukan ini bukan asal usul Islam tetapi diamalkan kerana ianya baik untuk kesihatan. "Kenapa tak kaji amalan-amalan lain yang ada unsur Hindu seperti tepung tawar, bersanding, merenjis. Semua ini boleh dibahaskan...," kata Dr Asri.-Hrkh _

[sumber: Harakah online]

Nota :-

1. Secara peribadi saya berpendapat bahawa setiap amalan dan perbuatan yang tidak bertentangan dengan hukum dan ajaran Islam serta baik untuk diri, keluarga dan masyarakat serta dapat mempertingkatkan iman dan takwa serta mendapat kebaikan dan pengajaran darinya, maka tidak menjadi suatu kesalahan dan kemudaratan untuk mengamalkannya.

2. Dalam pada masa yang sama, saya percaya bahawa ketaksuban terhadap sesuatu samada yang terdapat didalam Islam mahupun yang tidak islamik sehingga kita meninggalkan ajaran, hukum serta wadah seorang islam, seharusnya ditinggalkan atau dikurangkan yang berkemungkinan sekiranya penerusan amalan-amalan tersebut boleh mendatangkan dosa samada sedar atau tidak.

3. Oleh hal yang demikian, kekeliruan berhubung dengan fatwa yoga yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa kebangsaan baru-baru ini seharusnya tidak menimbulkan kekecohan dan kekeliruan. Sebagai Islam, kita harus melihat perkara ini secara terbuka dan positif berdasarkan hukum dan ajaran Islam itu sendiri, budaya dan adat turun-temurun Melayu, sosiobudaya masyarakat pelbagai kaum Malaysia.

4. Maka, setiap dari kita samada dari golongan cendekiawan, ulamak, pemimpin serta orang ramai harus melihat sesuatu isu tersebut secara keseluruhan serta mengambil kira aspek-aspek yang nyata dan tidak nyata, bukan berdasarkan ruang lingkup pemikiran sendiri sahaja.



No comments:

Cars & Formula 1