26 November 2008

Antara tamak, kejujuran dan perjuangan


Keadaan politik tidak izinkan saya berundur - Nik Aziz

KOTA BHARU 25 Nov. - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini berkata, keadaan politik semasa masih tidak membolehkan beliau untuk melepaskan jawatan yang disandangnya selama lebih 18 tahun.


Namun sekiranya terdapat desakan yang jelas di kalangan ahli Pas agar dirinya berundur, Nik Abdul Aziz menegaskan, beliau tidak akan menunggu lebih lama dan tidak teragak-agak berbuat demikian.


Malah katanya, ia boleh dilakukan sekarang kerana sudah lama berhasrat untuk berundur atas faktor kesihatan tetapi beliau tetap mengutamakan kepentingan perjuangan parti.


''Tiada sampai ke telinga saya setakat ini (desakan) untuk berbuat demikian (berundur) disebabkan saya selalu uzur.


''Kalau betul ada orang Pas mahukan saya undur, saya undur selalu (sekarang), petang ini juga saya buat. Dah lama saya nak buat begini (berundur) tapi orang tak bagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Beliau diminta mengulas laporan kononnya ada kalangan pemimpin Pas yang mahukan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berundur tetapi tidak berani menyatakan secara terbuka.


Soal beliau bakal berundur dan siapa bakal penggantinya sudah beberapa kali mencetuskan isu termasuk semasa pilihan raya umum Mac lalu.


Menurut Nik Abdul Aziz, selain desakan agar beliau tidak berundur, ada beberapa faktor lain yang masih menjadi halangan baginya untuk melepaskan jawatan itu.


''Masalah-masalah baru timbul sekarang seperti keadaan politik yang tidak mengizinkan. Dalam keadaan bergelora, angin kencang, saya sebagai kapten, mana boleh saya tidur.


''Kerajaan pimpinan UMNO sekarang juga dalam keadaan separuh sedar, lagi saya tak boleh tinggal. Kalau UMNO dah tak kuat lagi, baru boleh saya tinggal, sebab masa itu dah tak ada musuh lagi," ujarnya.


Katanya, tidak timbul kesukaran bagi Pas mencari pengganti tetapi beliau tidak akan menyebut siapa yang bakal mengambil alih kelak.


''Saya tak boleh sebut siapa pengganti saya, sama macam ketika Datuk Asri dulu, tak ada siapa jangka saya yang ganti.


''Kalau saya sebut, bermaknanya hanya seorang, bagaimana yang lain. Tiap-tiap seorang ada kelebihan sendiri dan saya serahkan kepada Perhubungan. Timbalan-timbalan saya semua berkebolehan," jelas beliau.



[sumber : Utusan Online]


Nota :


1. Secara peribadi, Pok Nik harus mengundurkan diri. Ini kerana selama 18 thaun memerintah negeri Kelantan, jelas tiada perubahan besar yang telah berjaya dilakukan. Penghijrahan anak-anak muda Kelantan ke negeri-negeri lain telah menggambarkan betapa terdesaknya rakyat Kelantan untuk mencapai kehidupan yang lebih baik dan sempurna.


2. Namun apa para pemimpin negeri itu lakukan selama 18 tahun ini? kalau kita amati kenyataan Pok Nik diatas, dia lebih mengutamakan perjuangan Parti, mengutamakan senario politik semasa yang memaksa beliau untuk terus duduk memerintah, untuk terus menikmati gaji hasil dari pembayar cukai, menikmati segala kemudahan dan kelebihan sebagai Menteri Besar sedangkan dalam pada masa yang sama dia tidak berbuat apa-apa yang perlu dan harus kepada semua rakyat khasnya kepada rakyat kelantan.


3. Secara logiknya, Pok Nik memakai serban itu hanya suatu kosmetik. Warak dimata rakyat, berkaliber di kalangan ahli parti, pejuang di kalangan Pakatan Rakyat. Namun hakikatnya, hanya Tuhan yang Maha mengetahui.


1 comment:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

melayu ni tuan rumah tapi orang lain yang kutip sewa... tuan rumah kena tipu dan kena buli... terus papa kedana. ataupun sebagai tuan kebun getah dimana kuli yang toreh kaya raya sebab tuan kebun tak tahu apa yang ku li dia buat. maknanya tuan tak smart lah.

melayu ni asal yunan betul tetapi bercampur dengan orang asli melayu proto dan melayu negrito. tengoklah biologi kita dan perangai kita yang susah nak faham macam orang asli kan?

orang melayu ni tak nak jadi tuan tapi sanggup jilat dap. tak mau deb sebab liberalisasi dan reformasi. tak mau bahsa melayu sebab global. tak ngaku melayu dan tak bantu atau sokong bangsanya sendiri sebab kononnya perpaduan. itulah melayu yang kayakan orang lain dan tak sokong kedai bangsanya.tak sokong bos melayu tapi sanggup mati kerana taukeh cina atau india.pas pulak nak buat islam dengan dap. ketuanan rakyat tu... belum tentu melayu jadi tuan... macam singapura lah tu.

itulah melayu yang pelik dan ajaib perangainya... tak pernah bersatu dan sokong melayu sendiri... gilakan psikologi kita... devian namanya dalam psikologi. jiwa hamba atau tiada keyakinan diri. melayu kaya dan pandai dah jadi mat salleh dan tak ngaku melayu dah.. cakap, makan dan hidup cara mat salleh.

pelik melayu ni.

November 29, 2008 4:46 AM

Cars & Formula 1