REMAJA perempuan berdiri di atas bumbung tingkat 10 sebuah hotel dipercayai cuba membunuh diri dipujuk anggota bomba dan gambar kecil seorang anggota bomba pelatih menenangkan gadis terbabit selepas diselamatkan. |
KUALA TERENGGANU: Seorang gadis berusia 18 tahun yang cuba membunuh diri dengan mengugut terjun dari tingkat 10 sebuah hotel di bandar raya ini berjaya diselamatkan, apabila mangsa pengsan akibat keletihan selepas lebih dua jam berada di atas bumbung bangunan itu.
Tindakan nekad gadis berasal dari Kuantan yang bekerja di sebuah salun di bandar raya ini cuba membunuh diri dalam kejadian bermula kira-kira jam 1.35 tengah hari itu turut mencuri tumpuan orang ramai untuk melihat adegan cemas itu sehingga menyebabkan kesesakan teruk sepanjang Jalan Pattani, di sini.
Kesesakan teruk itu memaksa polis menutup jalan berkenaan dan menyuraikan lebih 300 orang yang memenuhi jalan itu untuk menyaksikan kejadian yang berlaku.
[sumber: Utusan Online]
Nota :
1. Secara peribadi saya berfikiran bahawa masyarakat kita kini sudah jauh meninggalkan agama dan suruhan dalam Islam. Sebarang permasalahan hidup, dunia dan akhirat wajar dirujuk kembali kepada kita suci Al-Quran serta. Di dalamnya lengkap dengan peraturan, undang -undang serta jalan penyelesaian untuk sebarang panduan dan permasalahan.
2. Kita semua boleh nampak bahawa masyarakat kita Melayu kini dalam porak peranda samada dari institusi keluarga, masyarakat dan kini politik. Gejala-gejala sosial yang tidak sihat semakin tidak terkawal dan kita hanya mampu melihat dan gagal menanganinya.
3. Kenapa ini terjadi? Seperti saya sebut tadi, kita semakin meninggalkan agama. Semua perkara kita hanya merujuk kepada hal-hal dan undang-undang dunia semata-mata. Kita hanya memikirkan kini lebih kepada mementingkan diri, tembolok sendiri dan yang lain lu fikir la sendiri. Hendak salahkan siapa sebenarnya?
No comments:
Post a Comment