06 November 2008

Melayu Bukan Pribumi?

1. Wujud usaha terbaru dari mereka yang buta sejarah dan susur galur bangsa Melayu hari ini yang mendakwa orang Melayu bukan pribumi negara Malaysia ini. Mereka berhujah bahawa orang Melayu itu berasal dari Indonesia dan asal usul antropologinya berasal dari Yunan, Cina. Dakwaan ini bukan sahaja melucukan malah menunjukkan benar meraka mahu memutarbelitkan sejarah.

2. Bangsa itu dikenali dari susur budaya, keturunan dan ciri-ciri persamaan kabilah besar mereka. Memang ada Melayu jawa, melayu banjar, melayu porto dsb. Hakikatnya mereka itu bangsanya Melayu, bahasanya Melayu biarpun pelbagai dialek. Cina juga ada pelbagai etnik dan dialek bahasa.

3. Pada masa dahulu Tanah Melayu (semenanjung Malaysia) dan kepulauan Melayu (Indonesia) berada dalam satu gugusan dan sering bertukar pentadbiran antara kesultanan dari kepulauan mahu pun dari Tanah Melayu. Dengan kata lain tiada istilah pendatang antara orang Melayu di Tanah Melayu dengan orang Melayu di Indonesia sehinggalah Indonesia dan Tanah Melayu merdeka secara berasingan. - baru terpisah secara jelas antara Indonesia dan Malaysia atas kehendak penduduk kedua-dua kawasan bukannya, oleh perjanjian Inggeris-Belanda 1824.

4. Malahan pada zaman Jepun juga wujud gerakan memerdekakan seluruh kepulauan Melayu dibawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai Gerakan Indonesia Raya.

5. Sekarang mereka mahu mempertikaikan kononnya Melayu berasal dari Indonesia bukan pribumi Tanah Melayu. aneh bukan jika Melayu bukan pribumi tanah Melayu. Apakah cina Hong Kong, Taiwan dan Macau bukan penduduk pribumi pulau-pulau tersebut hanya kerana mereka cina?

5. Hakikat sejarah menunjukkan orang melayu yang tinggal di tanah ini sejak wujudnya asal usul manusia di semenanjung ini. Sebab itu ia dikenali sebagai Tanah Melayu sama seperti Tanah Besar Cina dan negara India yang diiktiraf sebagai milik bangsa Cina dan India. S

6. Memang benar manusia Melayu berevolusi dari animisme, hinduisme kepada Islam. Apakah ini menjadikan mereka orang India?

7. Orang Asli dengan orang melayu asalnya dikalsifikasikan oleh pengkaji antropoglogi sebagai orang darat dan orang laut. Orang asli yang masih kekal hari ini ialah orang darat yang banyak tinggal di dalam hutan. Manakala orang asli laut yang tinggal di pinggir laut, pelabuhan dan sungai berevolusi menjadi melayu seperyi yang ada hari ini.

Kedua-dua mereka sudah diiktiraf oleh sejarawan, penjajah dan pengkaji antropolgi sebagai penduduk asal tanah melayu ini.

8. Justeru kepada pemimpin bukan Melayu berhenti berhujah kononnya Melayu ini bukan pribumi tanah Melayu. Hadapi hakikat bahawa Malaysia ini tanah asalnya milik orang Melayu dan pribumi asli lain. Kita bersetuju berkongsi hak selagi mereka juga bersetuju menerima kontrak sosial semasa kemerdekaan.

[sumber: Blogger]




2 comments:

Muhammad Azli Shukri said...

apabila manusia buta sejarah..maka inilah yang terjadi. salam singgah.

Demang Lebar Daun said...

Hujah yg tepat dan menarik.