08 January 2009

Pilihanraya memang tempat untuk berseronok

Pilihan Raya Bukan Tempat Seronok-seronok - Hadi


KUALA TERENGGANU, 7 Jan (Bernama) -- PAS mengingatkan penyokongnya serta jentera Pakatan Rakyat supaya memandang serius pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dan bukannya untuk berseronok.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pilihan raya kecil ini memberi impak yang besar kepada pakatan itu dalam usaha menambah bilangan pembangkang di Dewan Rakyat.

"Pilihan raya ini bukan untuk suka-suka dan seronok-seronok. Pilihan raya ini untuk kita pilih wakil rakyat yang akan diberikan amanah untuk membawa suara rakyat di Parlimen," katanya dalam satu ceramah perdana di sini.

Abdul Hadi berkata beliau yakin pengundi di kawasan parlimen itu matang untuk membuat keputusan dalam menentukan kemenangan calon yang bertanding pada pilihan raya kecil ini.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut serta calon Bebas, Azharudin Mamat@Adam.

Abdul Hadi turut menasihatkan penyokong PAS supaya mematuhi arahan yang ditetapkan dan tidak menimbulkan perasaan takut di kalangan pengundi untuk keluar mengundi pada 17 Jan ini.

"Saya minta supaya kita hadapi pilihan raya dengan cara yang tenang, aman dan baik. Jangan kita tahan bas dan rosakkannya dan jangan bertindak sendiri. Ikut arahan daripada pemimpin," katanya.

Hadir sama ialah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.



-- BERNAMA


1. Secara peribadi saya berpendapat pilihanraya memang tempat untuk berseronok. Seronok untuk mengata, seronok untuk mengeji, seronok untuk menjatuhkan maruah diri serta bangsa, seronok untuk memperkatakan keburukan orang lain, seronok untuk membanggakan diri, seronok untuk menabur janji, seronok untuk menabur bakti.


2. Semua ini kerana apa? Kerana kuasa, kerana kepentingan diri, kerana bangsa, kerana parti yang diwakili atau sebagainya, hanya Tuhan yang Maha Mengetahui.


3. Maka, apa yang diperkatakan oleh Tok Hadi kita ini tidak lebih sekadar salah satu lagi keseronokan pilihanraya. Cuma samada beliau sedar atau tidak.


2 comments:

Taminsari said...

Salam Ziarah...

Adakah kita sedia boikot 'politik Yahudi' atas alasan Malaysia Baru? Iaitu pemimpinnya ialah Anwar Ibrahim? Kenapa Anwar seolah-olah tidak mempunyai kemaluan bila melihat rakyat Palestin ditindas dan dibunuh oleh askar Israel berbanding memperjuangkan nasib kaum HINDRAF kononnya ditindas oleh orang Melayu?

Kalau begitu kita juga perlu boikot parti yang bersahabat dengan Yahudi di Malaysia, iaitu PKR dan sahabat mujahid mereka seperti PAS dan DAP!!! Biar rakyat Terengganu mengajar barua-barua yahudi yang bertapak di Malaysia tetapi bertopengkan Melayu, Cina atau India.

Salam perjuangan

Generasi Pejuang Bangsa said...

salam sdr Khairul Nazri

saya setuju Pilihanraya merupakan satu tempat untuk seronok kerana apa

- mengutuk dan mempelekehkan orang lain

-dapat duit tambahan menjadi jentera pilihanraya baik dari BN mahupun Pakatan

-dapat beramah mesra dan kenal dengan lebih dekat pemimpin2 negara kerana masa ini lah kita dapat jumpa mereka

-mendengar ceramah siang dan malam dan makanan free memang la banyak ..hehe

-banyak peniaga2 ,pengusaha hotel,rumah sewa mendapat durian runtuh apabila ramai orang luar datang ke tempat anda

-dapat menambah kenalan dari negeri lain yang datang membantu jentera BN mahupun Pakatan

saya sudah melalui PRU 12 dan pilihanraya permatang pauh ,dan pendapat saya pilihanraya ini menyeronokkan dan ramai orang sukakan pilihanraya diadakan ..hehe

pejuang bangsa

hakim@kuad.uemnet.com

Cars & Formula 1