10 January 2009

KERAjaan Baru, KERAte baru, juga

Selangor juga 'bergaya' dengan kereta baru

SHAH ALAM 9 Jan. - Kerajaan negeri Selangor hari ini menerima 12 daripada 14 buah kereta Toyota Camry yang ditempah bagi menggantikan kereta Proton Perdana V6 Eksekutif yang digunakan sebelum ini.

Utusan Malaysia difahamkan, kesemua 12 kereta berwarna hitam yang dianggarkan bernilai RM2 juta itu tiba di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini kira-kira pukul 3.30 petang.

Dua lagi kereta Toyota Camry yang telah ditempah itu dikatakan akan dihantar dalam waktu terdekat ini.

Kesemua kereta baru tersebut ditempah khas untuk kegunaan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, 10 anggota Exco Kerajaan Negeri dan tiga pegawai tinggi kerajaan iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.

Penghantaran 12 kereta tersebut sekali gus mengesahkan desas-desus kerajaan negeri akan membeli kereta Toyota Camry untuk kegunaan pegawai tinggi negeri bagi menggantikan Proton Perdana V6 walaupun dinafikan oleh Abdul Khalid.

Pada 12 Disember lalu, Abdul Khalid memberitahu tentang cadangan kerajaan negeri untuk membeli beberapa jenis kereta termasuk Proton, Toyota Camry dan Honda bagi menggantikan 10 buah kereta yang telah digunakan lebih lima tahun oleh Exco dan pegawai-pegawainya pada tahun ini.

Beliau berkata, pihaknya telah memanggil wakil beberapa syarikat kenderaan termasuk UMW Toyota serta Proton bagi membolehkan kerajaan negeri menilai kosnya termasuk daripada segi penyenggaraan sebelum membuat pilihan.

Beliau juga menafikan dakwaan kononnya kerajaan negeri telah melakukan pembaziran dengan menempah 14 buah Toyota Camry tersebut. Baca seterusnya disini.


Ulasan :


1. Bercakap tentang kereta baru ini, jelas bahawa tidak mengira siapapun pemerintahannya, keinginan untuk mengambil kesempatan menikmati perkara-perkara yang menjurus kearah kemewahan tidak dapat dielakkan. Samada perkara-perkara yang berkenaan dinafikan, dikemukakan pelbagai kewajaran, keperluan malah apapun, hasilnya tetap sama.


2. Secara peribadi sebagai rakyat biasa yang berhempas pulas mencari nafkah hidup dengan pelbagai cabaran dan dugaan, semoga perkara-perkara yang berlaku di depan mata kita ini harus dijadikan iktibar, pengajaran, sempadan terhadap tahap mana kita menyokong kerajaan, pemimpin politik terutamanya, keperluan serta kebajikan yang didambakan kepada rakyat yang menyokong dan memilih kerajaan dahulu, kini dan esoknya kelak.


Berkereta baru lah kita. Itu namanya rezeki. Kalau diberi, ambik....!!


No comments:

Cars & Formula 1