28 January 2009

Waspada - China Di Sebalik Tabir



Jadilah sangat licik agar kamu tidak diperasan.
Jadilah sangat misteri agar kamu tidak dikesan.
Akhirnya kamu dapat menguasai nasib pesaing.


- Sun Tzu, Seni Peperangan
Apabila tahun-tahun 1990an bermula, Negara Barat tergamam dengan persaingan ekonomi Jepun yang membuatkannya mengambil masa untuk menyedari perkara-perkara penting yang berlaku di Negeri China. Apa yang berlaku di Negeri China ialah ledakan pengguna yang hebat dalam sejarah. Para pengarang ‘The Economist’ telah menganggapnya sebagai ‘perkembangan yang signifikan selepas Revolusi Industri’, dan berita ekonomi terbaik sejak kurun kesembilan belas, di dunia yang sangat memerlukan lonjakan sebegitu.

Sementara kita melihat ke arah yang lain, Negeri China telah menjadi gergasi ekonomi dunia di tempat ketiga, selepas Amerika Syarikat dan Jepun. Pada tahun 2010, Bank Dunia meramalkan bahawa Negeri China akan berada di tempat pertama (jika Jepun mempunyai caranya, Amerika Syarikat berada di tempat ketiga). Bagi tahun 1994, kadar pertumbuhan ekonomi Negeri China mencapai 19 peratus, tiga tahun berturut-turut. Yang mengkagumkan ialah wilayah-wilayah China Selatan seperti Kwangtung dan Fukien, iaitu tempat asal usul Orang China Seberang Laut, mengalami pertumbuhan dua kali ganda lebih pantas.

Sementara Negara Barat terumbang ambing dengan masalah inflasi dan kemelesetan, perkembangan dramatik di seluruh Asia menampakkan perubahan global telah berlaku yang mengimbangi kekayaan dan kuasa. Kuasa di atas perubahan-perubahan ini, di Negeri China dan ceruk rantau Pesisir Pasifik, adalah kehebatan dan kekayaan Orang-orang China Seberang Laut, orang yang amat sedikit kita ketahui. Kenyataannya, Orang China Seberang Laut adalah kuasa dunia yang berasingan, iaitu Negeri China Seberang Laut, jika anda mahu. Buku ini adalah suatu usaha untuk memenuhi kekosongan tersebut. Baca selanjutnya di sini.

[sumber : Blogger]


No comments:

Cars & Formula 1