28 February 2009

Celakanya Kita


Pemuda UMNO Celaka, Siapa Pulak Babi ?

Bila disebut celaka ianya merupakan satu bentuk makian. Babi juga merupakan satu jenis cacian juga di kalangan orang Melayu. Siapa yang terkena cacian 'babi' ianya juga satu penghinaan kerana babi itu adalah jenis najis berat. Babi juga adalah jenis binatang perosak seperti babi hutan yang merosakkan tanam-tanaman. Ia juga jenis haiwan menyodok dan sebab itu hidung babi dempak kerana selalu berlaku kemalangan di hidungnya. SOALNYA JIKA PEMUDA UMNO ITU DIMAKI CELAKA, SIAPA PULAK YANG MENJADI BABI? Baca selanjutnya di sini.

Petikan dari Blog Amir Hamzah


Komen blogger,

1. Inilah akibatnya kita bangsa Melayu tidak bersatu, jujur dan ikhlas di dalam perjuangan bangsa. Kita kini dengan mudah dicelakakan, kita mudah diperkotak-katikkan. Maki hamunlah kita macam mana pun, tindakan kita hanya sekadar membuat bantahan aman, menghantar memorandum, meminta pihak-pihak yang berkenaan agar meminta maaf. Itu sahaja.

2. Kita yang beria-ia benar untuk merealisasikan masyarat Malaysia yang pelbagai bangsa yang bersatu padu. Kita yang beria-ia benar untuk menjalin hubungan setiakawan dengan bangsa-bangsa lain. Kita yang beria-ia benar melakukan itu dan ini atas nama Malaysia yang harmoni.

3. Namun kita sebaliknya ditikam dari belakang. Yang lebih menyedihkan orang Melayu sendiri yang mengkhianati aspirasi, niat dan ketulusan hati kita selama ini untuk mencapai keharmonian kaum. Dan dalam pada yang sama kita kini bukan sahaja dikhianati oleh bangsa sendiri malah bangsa-bangsa lain di Malaysia kini bersatu menuntut hak dan kepentingan tuan tanah sedangkan hak dan kepentingan mereka cukup nyata dan termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.

4. Pernah saya menulis di sini bahawa kita tidak perlu lagi ada rasa belas dan kasihan. Kita tidak perlu lagi melihat bangsa lain sebagai kawan. Kita tidak perlu lagi melihat bangsa lain sebagai bangsa yang patut dihormati. Kita, sebaliknya bangun dari kelekaan selama ini, keluar dari keseronokan pesta dan hiburan, bangun bersatu mengembleng tenaga, idea dan semangat juang Melayu, berjuang berlandaskan ilmu dunia dan akhirat ; merebut kembali apa yang selama ini dirampas oleh bangsa-bangsa lain, memperkukuhkan apa yang kita miliki, meluaskan jaringan dan kekuasaan kita dari pelbagai segi samada ekonomi, pendidikan, sosial, budaya dsbnya.

5. Biarkan musuh-musuh kita memanggil kita celaka atau sebagainya. Kita harus tanganinya mengikut cara kita. Cara yang beradab tetapi TEGAS dan BERKESAN. Senyap dan teratur.



1 comment:

Cheguman said...

Kita perlu rapatkan saf dan satukan idea untuk bertindak.

BPN sedang melakukannya.

Cars & Formula 1