26 February 2009

Kenapa Abdullah bukan Tun Mahathir?

ABDULLAH BADAWI SETARAF DENGAN LEE KUAN YEW

Petikan dari blog Maharaja

Telah disyorkan di persidangan Dewan Rakyat supaya Malaysia mencontohi Singapura melantik bekas Perdana Menterinya Lee Kuan Yew (LKY) sebagai Menteri Kanan. Dalam hal ini yang dimaksudkan ialah Abdullah Badawi selepas persaraannya bulan Mac ini.

Tentunya syor ini yang dibuat oleh Datuk Muhammad Aziz (BN- Sri Gading) dan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) akan menimbulkan berbagai reaksi
Harus diingatkan bahawa LKY telah menjadi Perdana Menteri Singapura selama lebih 30 tahun dan berjaya menukarkan Singapura dari sebuah pulau kecil yang sesak dan sarang kumpulan samseng,jenayah dan kotor kepada Singapura yang maju, makmur ,bersih, terpelajar dan berkualiti.

Dr.Mahathir Mohamed pula sebagai Perdana Menteri selama lebih 22 tahun memerentah telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang bermaruah, menukarkan imej negara pertanian kepada sebuah negara perindustrian dan memajukan ekonomi tanpa mengorbankan nilai kehormatan bangsa dan agama.

Dibawahnya Malaysia di segani,ditakuti dan disanjung tinggi.
Malah menampakan LKY lebih kecil darinya di mata dunia. Abdullah Badawi berjaya meruntuhkan semua asas tunjang kekuatan negara dan kehormatan bangsa yang diasaskan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dan dimantapkan oleh Tun Dr.Mahathir. Baca selanjutnya di sini.

Komen blogger,

1. Secara peribadi saya berpendapat bahawa langkah untuk melantik Abdullah Badawi sebagai menteri kanan selepas persaraannya kelak merupakan suatu langkah yang kurang bijak. Saya percaya bahawa langkah ini sebenarnya tidak menguntungkan rakyat dan negara memandangkan rekod bawah par perkhidmatan Abdullah sebagai perdana menteri semasa.

2. Negara kita memerlukan pemimpin yang mempunyai visi dan misi masa depan yang inovatif serta berdaya membawa negara kita Malaysia kembali setanding serta sebaris dengan negara-negara maju di dunia, mengeksploitasi kemahiran rakyat untuk memaju kegiatan ekonomi yang secara tidak langsung membantu sebagai pemangkin pelbagai kegiatan dalam negeri samada dari segi pendidikan, perniagaan, perkhidmatan dsbnya.

3. Maka sewajarnya Abdullah selepas persaraannya kelak berusaha untuk mengukuhkan perpaduan Melayu dan rakyat Malaysia khusunya daripada membuat keputusan, idea atau mengenengahkan idea-idea yang tidak membantu atau menguntungkan rakyat khasnya.

Selamat bersara Datuk Seri. Cukuplah dengan lenaan Datuk selama ini...

2 comments:

agas said...

kelaka lah....apa pasal nya pak lah nak jadik penasihat tuh...tak layak langsung!!

sangtawal said...

SALAM SAUDARAKU KHAIRUL...

bodek penghabisan sebelum perletakan jawatan ialah dengan cadangkan paklah...namun..mereka akan mengundi Tun jika paklah benar benar bersara...kenapa....fikir-fikirkanlah sendiri!!!

wassalam.

http://www.sangtawal.blogspot.com/