PPSMI: Samad Said nafi diperalat pembangkang
KOTA BAHARU 25 Feb. — Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said menafikan dirinya telah diperalat pembangkang dalam usahanya memperjuang Bahasa Melayu dalam isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang digunakan sekarang.
Beliau berkata kehadirannya dalam beberapa siri ceramah pembangkang itu tidak seharusnya disalah anggap oleh masyarakat kerana apa yang penting adalah memperjelas kepada umum dalam isu tersebut.
“Bagi saya adalah halal untuk saya bercakap mengenai Bahasa Melayu yang saya perjuangkan tidak kira di pentas politik mana sekali pun.
“Umur saya sudah 76 tahun dan sudah sampai masanya saya memperjuangkan bahasa ibunda saya sebelum hilangnya Bahasa Melayu di muka bumi,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sembang Pagi Bersama Sasterawan Negara di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Baharu di sini, hari ini. - petikan dari Bernama
Komen blogger,
1. Secara peribadi saya berpendapat keperluan untuk mempelajari bahasa selain dari bahasa ibunda merupakan suatu kelebihan kepada kita. Bukan semua ilmu di dunia ini boleh di dapati di dalam bahasa melayu malah ia datang dari pelbagai bahasa dan untuk mendalami, memahami isi kandung ilmu-ilmu berkenaan kita harus menguasai bahasanya juga.
2. Perlaksanaan PPSMI merupakan satu idea yang bagus untuk kita bangsa Melayu mempertingkatkan penguasaan bahasa terutama dalam bahasa inggeris. dari sudut positifnya saya yakin kaedah pembelajaran dalam bahasa inggeris membantu anak-anak untuk menguasainya dengan penuh keyakinan, selesa serta mencambahkan minat mereka untuk terus meneroka lebih banyak gedung-gedung ilmu di dunia ini.
3. Bagi saya, bahasa melayu akan menjadi lebih kuat sekiranya bangsa melayu kuat samada dari segi ilmu, ekonomi, kemanusiaan, perpaduan dsbnya. Dengan segala kekuatan ini, kita bukan sahaja mempelajari ilmu malah kita mampu untuk menterjemahkan ilmu-ilmu kita samada ke dalam bahasa Melayu itu sendiri atau ke bahasa-bahasa utama di dunia.
4. Untuk mempertabatkan bahasa Melayu ini kita sebenarnya harus jujur dan ikhlas serta berjuang hanya untuk mempertahankan bahasa itu sendiri dan bukan untuk membahasakan orang lain. Dalam pada masa yang sama kita harus juga mempelajari bahasa-bahasa lain agar diri kita tidak ternganga diperbodohkan hanya kerana gula-gula.
1 comment:
Siapa yang diperalatkan sebenarnya. Bukan Samad Said tetapi puak yang bersetuju dengan PPSMI itulah yang sedang diperalatkan sebenarnya. Diperalatkan oleh pangkat, jawatan dan kepentingan tertentu hingga sanggup biarkan bahasa bangsa sendiri terabai.
Post a Comment