Masih anggap diri MB
IPOH 7 Feb. - Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang masih menganggap beliau adalah Menteri Besar yang sah hari ini 'mempengerusikan mesyuarat khas Exco' dan 'meluluskan' empat perkara yang berkaitan pentadbiran negeri.
Antara perkara yang diluluskan ialah tempoh pajakan tanah perindustrian yang ketika ini ditetapkan antara 30 hingga 60 tahun, dilanjutkan sehingga 99 tahun.
Selain itu, seramai 342 ahli majlis pihak berkuasa tempatan dan daerah yang tamat tempoh perkhidmatan mereka pada 31 Disember lalu akan disambung secara automatik.
Mohammad Nizar berkata, 'kerajaan negeri pimpinannya' akan turut mengaktifkan semula Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di sini sebagai lapangan terbang penerbangan tambang murah (LCCT) dengan peruntukan RM2.7 juta bagi menarik lebih banyak syarikat penerbangan menggunakan lapangan terbang itu.
Pada masa sama, katanya, 'mesyuarat ' itu juga meluluskan peruntukan dana khas sebanyak RM1 juta untuk waris-waris individu warga emas semua kaum berusia 65 tahun ke atas yang meninggal dunia.
''Minit 'mesyuarat' ini akan saya serahkan kepada jabatan dan agensi berkaitan untuk tindakan lanjut," katanya. Baca selanjutnya di sini.
Komen Blogger,
1. Secara peribadi saya berpendapat bahawa kedegilan Nizar Jamaluddin mengingkari perintah Sultan berhubung dengan pelucutan jawatna Menteri Besar Perak baru-baru lebih merupakan suatu tindakan yang tidak menepati perjuangan PAS.
2. Kita jelas kini bahawa wadah perjuangan PAS tidak lebih hanya untuk kepentingan diri, mengejar kekuasaan dan kemewahan di dunia dan dalam pada masa yang sama tidak pernah berniat untuk membela kebajikan bangsa Melayu, agama suci Islam malah mempergunakan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memenuhi agenda politik mereka.
3. PAS masih lagi tidak sedar, masih lagi tidur macam tidur Pak Lah bahawa DAP hanya memperkudakan mereka, menjadi batu loncatan mereka untuk merampas kuasa dari Melayu dan seterus menguatkan lagi gengaman bangsa mereka di tanah Melayu seperti mana kejayaan mereka di Singapura, di Pulau Pinang dan kini bergerak secara bayangan di Selangor.
4. Secara peribadi, saya menyokong segala tindakan yang diambil oleh pihak Sultan Perak bagi
mengajar orang-orang yang tidak mengenang budi, bersyukur serta mempermainkan perintah kepada tuhan, dan kini salah satu balsan tuhan yang diturunkan kepada mereka adalah jatuhnya kerajaan PR di Perak.
5. Hee Nga, Jangan Marah !! Kita harus ingat setiap perkara baik yang diniatkan akan mendapat ganjaran yang baik juga. Namun sekiranya diniatkan dengan kebathilan walaupun dilitupi dengan kosmetik kebaikan, kebenaran tetap terserlah juga. Terimalah hakikat itu Nizar.
No comments:
Post a Comment