08 February 2009

Tepuk Air Dalam Dulang

BN bagai lanun rampas kerajaan Perak, tidak hormati perlembagaan negeri

Saidah Hairan | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Sat | Feb 07, 09 | 12:39:00 pm MYT

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Hrkh) - Lanun adalah sejenis kumpulan manusia yang tidak mengikuti undang-undang dan mana- mana pihak yang tidak mengikuti undang-undang pada asasnya mereka adalah lanun.


Rampasan kuasa yang berlaku di Perak membuktikan bahawa pimpinan Umno-BN termasuk dalam golongan lanun kerana tidak menghormati dan mengikuti Perlembagaan negeri Perak.


Demikian menurut Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa ketika ditemui selepas merasmikan seminar Kebajikan Nasional anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat, di Taman Melewar.


Beliau menegaskan, Umno-BN tahu bahawa mengikut perlembagaan negeri Perak perlu ada undinya tidak percaya barulah kerusi Menteri Besar kosong dan pimpinan Umno-BN boleh mengangkat sumpah. Image


Katanya, mereka mengambil orang yang dituduh terlibat dengan rasuah sebagai orang yang menyokong pembentukan kerajaan (BN) sebagai tekanan dan cara yang mereka lakukan betul-betul lanun.


"Lanun ini tidak ada hati perut dan tidak ada undang-undang dan Adun Pakatan Rakyat adalah wakil rakyat yang telah dipilih oleh rakyat, jadi kalau orang itu ada hati perut mereka tidak akan buat kerja seperti ini kerana ia melukakan perasaan rakyat," tegasnya.


Tetapi kata beliau Umno-BN merupakan lanun tidak ada hati perut jadi mereka tidak peduli perasaan rakyat. Image


Beliau turut berharap rakyat di negeri Perak terus mendesak Sultan Perak supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak (DUN) yang masih sah dikuasai Pakatan Rakyat.


Katanya, bantahan itu perlu berterusan jika tidak Malaysia tidak mempunyai kedaulatan undang-undang dan rakyat perlu pertahankan kedaulatan undang-undang.


"Kita mahu pertahankan kedaulatan undang-undang dan Menteri Besar, Dato' Nizar Jamaluddin adalah lambang mempertahankan kedaulatan undang-undang," jelasnya.


Komen Blogger :


1. Tidakkah PAS sedar bahawa permainan politik di Malaysia ini memang seperti aktiviti lanun. Tidakkah PAS sedar bahawa di dalam pakatannya juga terdapat lanun yang jauh lebih besar agendannya dari agenda dalam PR itu sendiri. Tidakkah PAS sedar bahawa samada sengaja, terpaksa atau mengambil kesempatan dengan hanya bersekedudukan mereka mendapat kuasa memerintah sedangkan sokongan terhadap mereka-mereka ini tidak seberapa pun.


2. Tidakkah PAS sedar juga bahawa permainan lanun ini juga dimulakan oleh de factor mereka sendiri yang sanggup mengejar ADUN-ADUN BN ke pelusuk dunia semata-mata meminta mereka melompat parti yang pada mulanya tok-tok ulama PAS mewajarkan tindakan sebegitu rupa semata-mata ingin memegang tampuk pemerintahn Negara. Namun apabila terpercik ke muka sendiri maka melompat-lompat pulak dan ada ketika itu sanggup berbaring diatas-atas jalan umpama wel-wel hindu. Amalkan lah selalu.


3. Sebagai sebuah parti yang jika diundi akan mendapat pahala dan dijanjikan syurga sedangkan PAS dan kita semua sedar bahawa hanya menjalankan dan patuh kepada perintah Allah SWT sahaja yang dijanjikan ganjaran di dunia dan akhirat dan tidak pula disebut mengundi PAS akan diberikan ganjaran seumpama itu.


4. Apa gunanya berkuasa sedangkan tidak berkuasa. Apa guna membuat keputusan tetapi keputusan orang lain. Apa guna menggunakan lagi Camry sedangkan kita semua jelas jawatan yang disandang telah dilucutkan. Dimana letaknya kemaluan kita mendiami rumah sedangkan rumah tersebut hanya untuk diperuntukkan kepada jawatan yang direstui oleh pemerintah tertinggi. Apa guna ilmu kejuruteraan yang kita pelajari selama ini tidak digunakan membantu kemajuan bangsa sendiri agar lebih dihormati, lebih berdaya saing lebih berkuasa dari bangsa-bangsa di dunia yang sementara ini.


Buat malu bangsa Melayu sahaja PAS ini....


No comments:

Cars & Formula 1