Berubah atau rebah
NAJIB merasmikan Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri di Dewan Merdeka PWTC, malam tadi. |
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Razak menegaskan, Umno mesti berubah serta berhenti daripada dikaitkan dengan politik wang dan sebarang amalan siasah yang tidak sihat bagi memenangi semula hati dan pemikiran rakyat, khususnya orang Melayu.
Timbalan Presiden Umno berkata, situasi hari ini menuntut parti itu sebagai wahana perdana politik orang Melayu, memperbetulkan kembali visi dan hala tujunya, sekali gus mengenal pasti langkah untuk mengubah semula Umno supaya kembali menjadi parti pilihan orang Melayu.
"Jadinya, mahu tidak mahu, kita mesti berubah untuk kepentingan rakyat. Berubah dari sikap mazmumah kepada sikap mahmudah. Berubah daripada kurang mesra kepada mesra, daripada mementingkan diri kepada mementingkan rakyat, daripada malas kepada rajin kerja, berubah daripada kurang berkhidmat kepada suka berkhidmat.
"Berubahlah, jika tidak, kita rebah," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian serentak persidangan perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, malam tadi. Baca selanjutnya di sini.
Komen blogger,
1. Secara peribadi, saya berpendapat ucapan DS Najib semalam bukan sahaja disasarkan kepada semua pemimpin-pemimpin UMNO malah sebenarnya kepada kita semua orang Melayu. Perubahan dan jihad sebenarnya datang dari dalam diri kita. Sikap untuk maju samada terhadap diri, keluarga, agama, bangsa dan negara harus senantiasa menjadi agenda orang Melayu sepanjang masa, sepanjang zaman.
2. Keutamaan tersebut amat senantiasa menjadi teras dalam apa jua bidang dan cabang yang diceburi terutama ketika ini orang-orang Melayu teruk dihina dan diperkotak-katikkan oleh bangsa lain. tetapi yang paling menyedihkan sekali adalah dihina oleh sebahagian bangsa Melayu itu sendiri.
3. Kita jangan mengharapkan pemimpin samada dari parti politik, tempatan malah negara sekalipun untuk membantu kita. Kita orang Melayu harus berusaha sendiri untuk maju, berjaya, berkuasa serta menidakkan bangsa lain supaya bangsa Melayu ini terus relevan, dihormati serta kukuh berdiri setidak-tidaknya di atas tanahair sendiri.
4. Seperti yang pernah saya lontarkan dalam penulisan saya yang lalu, sekiranya DS Najib jujur dan ikhlas dalam perjuangan ini demi untuk kepentingan orang Melayu khususnya, agama, dan negara, insyaallah, dia akan berjaya.

No comments:
Post a Comment