14 March 2009

Hello Najib, Goodbye Pak Lah

BN Henti Pendekatan Pembangunan Mee Segera Hadapi Pilihan Raya - Najib

TAIPING, 14 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata Barisan Nasional (BN) tidak lagi akan meneruskan pendekatan "politik pembangunan mee segera" apabila menghadapi pilihan raya.

Timbalan Perdana Menteri berkata projek pembangunan atau pembaharuan akan dirancang seperti biasa mengikut keperluan rakyat dan bukan lagi diluluskan apabila berlangsungnya pilihan raya. "Politik pembangunan "mee segera" (ialah) bila pilihan raya kita nampak traktor masuk...di (pilihan raya kecil Parlimen) Bukit Gantang kita tidak akan buat (begitu) tetapi pembangunan akan tetap dibawa," kata Najib semasa berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Taman Kota Jaya, Simpang dekat sini.

Pada majlis itu, Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN mengumumkan bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Gantang Ismail Saffian sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang bulan depan.
Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyandang Roslan Shahrom dari PAS pada 9 Februari lalu. Penamaan calon akan berlangsung pada 29 Mac dan pengundian 7 April. "Pendekatan projek "mee segera" seperti projek jalan berturap, membersihkan kawasan atau bermacam-macam lagi projek segera setiap kali menjelang pilihan raya perlu diubah...mana yang boleh lulus akan kita lulus," katanya. Baca selanjutnya di sini.


Komen blogger,

1. Secara peribadi, saya berpendapat pendekatan yang DS Najib ini jelas merupakan langkah bijak di dalam memenangi hati pengundi untuk mengundi BN di mana-mana PRK kelak. Selain merupakan salah satu kaedah yang selamat malah ia merupakan jaminan sepanjang masa pemerintahan BN kepada rakyat.

2. Walaupun kenyataan ini agak terlewat namun ia lebih baik dari kenyataan-kenyataan yang sering memualkan kita, bersikap retorik, tindakan kosmetik dsbnya.

3. Seperti rakyat Malaysia yang lain, kita mengharapkan suatu perubahan besar, berhemah serta menguntungkan terutama kepada rakyat apabila DS Najib kelak ditabalkan sebagai Perdana Menteri menggantikan Pak lah. Insyaallah, sekiranya DS Najib jujur dan ikhlas untuk memimpin, beliau akan berjaya.

4. Kepada Pak Lah pula, selamat bersara diucapkan. Secara peribadi saya berpendapat, tiada suatu buah fikirannya yang boleh meninggalkan kesan besar terhadap setiap jiwa rakyat Malaysia khususnya bangsa Melayu melainkan mewujudkan perasaan gundah, ketidakpuasan hati, benci, meluat dsbnya.

Selamat, Aman, Makmur - Malaysia



3 comments:

QasehNuryz said...

Semoga ada sinar baru untuk BN/UMNO dan negara di bawah kendalian DS Najib.

melayuangkat said...

Salam Saudara,

Tahniah pada DS Najib, semoga Allah swt memberi beliau kekuatan dan Pertolongan dalam mengharungi gelombang Politik Tanah air demi Bangsa, Agama dan Negara.

Pada Pak Lah, Selamat Bersara. Atas apa juga, "Terima Kasih" Pak Lah. BarakaAllah fi ka.

Hope said...

The only thing we can hope for now is that he is sincere and are willing to work for benefit of the people.

Cars & Formula 1