25 March 2009

Kurang Ajarnya


Kit Siang diarah keluar dewan hingga tengah hari

KUALA LUMPUR 25 Mac — Anggota Parlimen veteran Lim Kit Siang hari ini diarah keluar daripada persidangan Dewan Rakyat sehingga pukul 1 tengah hari ini setelah beliau membuat tohmahan terhadap UMNO dengan mengeluarkan kata-kata ’UMNO Gila’ dan ’UMNO Gila Kuasa’.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandie mengambil keputusan itu setelah Lim (DAP-Ipoh Timur) enggan menarik balik tuduhan itu walaupun berkali-kali diarahkan berbuat demikian.

Lim sebaliknya bertegas dan bahawa beliau tidak melanggar sebarang peraturan mesyuarat dan mendakwa beliau tidak menyakitkan hati sesiapa atau mana-mana kaum. - Bernama


Komen blogger,

1. Secara peribadi saya berpendapat sudah sampai masanya LKS bersara dari dunia politik seperti mana langkah yang diambil oleh Pak Lah dan Tun Mahathir. Berundur ketika mana kita masih lagi disanjung, dihormati lebih baik daripada ketika mana kita telah tersungkur malu dan tidak mempunyai apa-apa lagi.

2. Berdasarkan kepada fenomena politik semasa, tindakan LKS terus-terusan mengamalkan politik maki dan mencaci sebenarnya tidak menyumbang kearah kestabilan politik negara. Namanya akan terus diingati sebagai seorang cina rasis dan berkepentingan diri sahaja.

3. Samada sedar atau tidak, setiap cacian dan makian LKS terhadap UMNO sebenarnya lebih disasarkan kepada orang Melayu itu sendiri. Orang Melayu harus sedar akan taktik halus orang-orang seperti LKS ini.

4. Seperti mana Tun Mahathir berkata baru-baru ini di perhimpunan Perkasa, sekiranya orang Melayu bercakap untuk mempertahankan diri dan bangsa Melayu, mereka akan dilabelkan sebagai rasis. Tetapi, sekiranya bangsa lain bercakap tentang bangsa mereka, mereka tidak dianggap rasis. Orang Melayu kini harus menerima sahaja kehendak dan kata-kata mereka tanpa ada hak untuk mempertahankan diri.

5. Walaubagaimanapun, kita harus sedar dan faham bahawa diam itu tidak membawa maksud kita setuju. Dan diam juga itu tidak membawa maksud bahawa kita takut.

6. Sebagai seorang Melayu, saya amat faham perasaan yang kerap ditekan, dicaci dan dihina. Dan saya pasti akan tiba masanya takat didih orang Melayu, setiap apa jua yang diperjuangkan ini selama ini tidak akan membawa erti apa-apa melainkan kemusnahan samada kepada diri sendiri dan lebih teruk kepada bangsa-bangsa yang menindas, mencaci dan menghina bangsa Melayu itu sendiri.

Tunggulah...


1 comment:

Unknown said...

3. Samada sedar atau tidak, setiap cacian dan makian LKS terhadap UMNO sebenarnya lebih disasarkan kepada orang Melayu itu sendiri. Orang Melayu harus sedar akan taktik halus orang-orang seperti LKS ini.

saya sangat setuju dengan pendapat saudara..memang dia amat anti-melayu dan anti-islam..cuma yang peliknya orang-orang melyu dalam pkr dan pas ni terlampau dungu nak ambik faham maksud tersirat si kurang ajar punya apek ni..PELIK sungguh PELIK..

Cars & Formula 1