12 March 2009

Letihnya Mengundi

Semua Akan Tertumpu Pada Jumaat Ini, 13 Mac

Sumber : Bernama


KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Adakah ada lagi satu pilihan raya kecil selepas Bukit Gantang, Perak, Bukit Selambau, Kedah dan Batang Ai, Sarawak yang dijadual berlangsung serentak pada 7 April?

Ini nampaknya persoalan yang diajukan oleh penganalisis politik dan anggota parti politik semasa menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan Jumaat ini mengenai rayuan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup.

Beliau membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan kemenangan tanpa bertanding untuk kerusi Parlimen Pensiangan pada pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas, sebagai batal dan tidak sah.

Kurup, telah memfailkan rayuan itu pada 17 Sept, 2008.

Mahkamah Persekutan sepatutnya memberikan keputusannya pada 12 Feb tetapi telah menangguhkan penghakiman sehingga Jumaat ini setelah mendengar hujah-hujah daripada Peguam Kanan Persekutuan Azizah Nawawi dan peguam-peguam untuk Kurup dan Danny Anthony Andipai bagi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Saya sendiri akan berada di sana untuk mendengar keputusan. Saya serahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan. Apa sahaja keputusan, saya bersedia.

"Walaupun jika Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan raya, saya bersedia untuknya sejak Julai tahun lepas, saya telah buat segala persediaan," kata Kurup memberitahu Bernama di sini, Rabu.

Sekiranya Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan raya, satu lagi pilihan raya kecil tidak dapat dielakkan. Baca selanjutnya di sini.


Komen Blogger,

1. Disebalik kegawatan ekonomi global masakini, kita masih mampu untuk berbelanja besar samada bakal atau mengadakan satu lagi PRK. Terkini khabarnya di Pensiangan, Sabah.

2. Tampak perbalahan dikalangan ahli-ahli politik masa kini semakin tiada kesudahanannya. yang pasti agenda perbalahannya tidak lari dari kuasa, pengaruh, wang dan sokongan. Demi semua itu mereka sanggup bermesyuarat di bawah pokok. Demi semua itu, mereka sanggup menghumbankan undang-undang, perlembangaan negara, perjanjian yang telah termaktub dan dipersetujui oleh monyet-monyet mereka dahulu.

3. Kepada kita, rakyat biasa dan pembayar cukai yang saban hari berhempas pulas berjuang demi untuk survival diri dan keluarga melihat perkara ini sebagai suatu kerugian dan membuang masa.

4. Kepada pengundi-pengundi wakil rakyat berasakan undian mereka selama ini tidak memberikan apa-apa kebaikan malah kesal memberikan tiket kepada YB-YB yang kini jelas tidak membuat kerja atau berkhidmat kepada pengundi-pengundi mereka, memperjuangkan nasib rakyat secara berpilih - yang kaya di tolong bantu, yang miskin dan susah buat tak nampak atau terlepas pandang, perkhidmatan dalam kerajaan yang masih ditakuk lama, malas, tidak mesra pengguna, tiada inisiatif walaupun mempunyai fasiliti menghampiri kelas dunia.

5. Melihatkan situasi semasa ini, jelas walaupun di dalam apa jua keadaan samada gawat atau tidak, kesempatan dan peluang beriringan demi kuasa, harta dan nama.

No comments:

Cars & Formula 1