04 March 2009

Mansuhkan PPSMI - Adakah Kehendak Kita ?

Justify Full

Himpunan Mansuhkan PPSMI Diteruskan Walau Tiada Permit Polis

SHAH ALAM, 4 Mac (Bernama) -- Himpunan Aman 100,000 orang sempena majlis penyerahan memorandum pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di hadapan Istana Negara pada 7 Mac ini akan tetap diteruskan walaupun tanpa permit polis.

Pengerusi Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) Datuk Dr Hassan Ahmad berkata mereka
bukan mahu mengadakan demonstrasi, sebaliknya hanya mahu mempersembahkan memorandum itu kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. "Itu salahkah? Saya rasa ia tidak perlu permit (polis) pun," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis perjumpaan GMP bersama persatuan yang menyokong gerakan itu di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, di sini malam tadi.

Turut hadir Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said.
Hassan yang juga bekas pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkata memorandum setebal lapan halaman dengan menggunakan bahasa Istana itu ditandatangani beliau serta lima anggota GMP dan pihaknya juga telah menghubungi setiausaha sulit kanan Yang di-Pertuan Agong pagi semalam.

Beliau berkata memorandum itu antara lain menyembah maklum kepada baginda bahawa PPSMI yang diperkenalkan pada 2003 adalah satu keputusan yang silap dan perlu dikembalikan kepada bahasa ibunda.
Baca selanjutnya di sini.


Komen blogger,

1. Apakah sebenarnya masalah kita sekiranya belajar sesuatu ilmu itu di dalam bahasa selain dari bahasa Melayu? Susah?, Sukar untuk faham? atau kita sebenarnya dengan minda malas untuk belajar?

2. Ada pendapat mengatakan kenapa hanya PPSMI dipertikaikan sedangkan kita mengaji Al-Quran pun harus membaca dan faham bahasa arab? Kaedahnya sama kalau kita fikirkan secara logik. Tidak terfikirkah pakar-pakar bahasa Melayu ini kepada pelajar-pelajar dari luar bandar selain dari bandar yang kini mempunyai peluang untuk mempelajari dan memperbaiki bahasa Inggeris dengan cara yang mudah dan murah.

3. Tidak terfikirkah pakar-pakar bahasa Melayu ini bahawa penguasaan bahasa Inggeris adalah merupakan suatu advantage kepada kita khususnya orang Melayu untuk melangkah lebih jauh untuk mencapai kemajuan diri dan dalam pada masa yang sama mengangkat martabat agama Islam, bangsa dan negara di mata bangsa-bangsa lain di dunia ini.

4. Secara peribadi, pada hemat saya, tindakan GMP ini lebih terarah kepada kepentingan peribadi, populariti dan perjuangan yang tidak kena pada tempatnya.

5. Untuk mencapai kejayaan, kadangkala kita harus menjadi Cina, India malah menjadi Penan sekalipun kita harus. Maksudnya, kita mengambil nilai-nilai murni, bersesuaian dengan adab sopan dan tata susila kita orang Melayu serta selaras dengan kehendak dan hukum Islam seterusnya diadaptasikan ke dalam jiwa dan pemikiran kita semua . Pengadaptasian ilmu-ilmu ini harus pula diperturunkan kembali kepada anak-anak kita supaya ini dapat membina kekuatan samada mental dan fizikal yang secara tidak langsung memperkuatkan bangsa Melayu itu sendiri.

6. Kita sebenarnya tidak mampu untuk menjadi contoh kepada orang lain kerana kita sendiri masih banyak perkara yang harus diperbaiki, dipelajari. Kita melihat sesuatu perkara itu melalui mata, telinga, kaki dan tangan sendiri dan tidak kepada orang lain. Kita hanya berfikir melalui ruang lingkup kita sahaja dan tidak lebih daripada itu.

7. Oleh itu, sekiranya GMP masih berniat untuk meneruskan gesaan pemansuhan PPSMI, ia merupakan suatu tindakan yang saya fikir amat merugikan bangsa Melayu. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya jika kita senantiasa berusaha dalam apa jua perkara dengan niat yang suci dan ikhlas kerana Allah SWT dan bangsa, insyaallah kita akan dikurniakan kejayaan akhirnya.

Bukan senang mau senang, bukan susah mau susah


5 comments:

azlishukri said...

saya juga sependapat dengan saudara.

Aspirasi said...

Aku sebenarnya tabik team-team bahasawan.. aku menghormati mereka. aku cintakan bahasa aku sebagaimana akau cintakan bangsa aku.

Cuma aku tak naklah ada yang menganggap bangsa melayu ni bangsa yang bodoh yang tak reti belajar bahasa inggeris khasnya dalam pelajaran dan pembelajaran matematik dan sains..

Aku nak tanya team-team bahasawan ni, kalau nak bandingkan dengan jepunlah, berapa banyak buku terkini dan 'jargon' saintifik dalam bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain yang telah diterjemahkan ke bahasa melayu?.

Budak Melayu ni tidak bodoh cuma tidak diberi peluang dan tidak diajar bagaimana hendak merebut peluang?

Cuba tengok si keling ni bukanlah pandai sanagt cakap bahsa inggeris cuma peluang pendedahan telah diberi awal, maka walaupun berbelit-belit mereka boleh bertutur dalam bahasa inggeris.

Hasbullah Pit said...

1. Mansuh PPSMI tidak bermaksud tidak perlu belajar bahasa asing.

2. PPSMI tidak bermaksud tidak perlu belajar bahasa asing.

3. Bahasa Inggeris boleh dikuasai tanpa PPSMI. Bukan setakat itu banyak lagi bahasa boleh dikuasai tanpa PPSMI.

4. Apa kepentingan yang golongan mahasiswa itu dapat?

5. Negara cina tidak ada PPSMI.
Negara India lebih pro kepada Bahasa Inggeris, mereka tidak semaju China

6. Maka ikutlah contoh banyak negara maju yang menggunakan bahasa sendiri.

7. Apa yang ruginya?
Ilmu dalam bahasa Inggeris sudah cukup lengkapkah?


Saya soal pula.

1. Apa Jaminan Bahasa Inggeris kekal bahasa ilmu setelah Tamadun Inggeris Jatuh?

2. Bilakah kali terakhir enjin buatan negara berbahasa Inggeris menang kategori pengeluar dalam Formula 1 ?

3. Pengintegrasian ilmu akan dibuat dalam bahasa apa kalau guna PPSMI?

4. Adakah Khalifah Al-Makmun menyuruh masyarakat Islam zamannya supaya belajar bahasa Yunani tanpa perlu memmindahkan ilmu itu kepada bahasa Arab dan Farsi?

5. Adakah Negara eropah mengadakan PPMSA (a=arab) supaya Matematik dan Sains diajar dalam bahasa Arab ketika peringkat rendah.

6. Adakah Ghana dan Uganda satu negara contoh bagi Malaysia kerana meraka sudah cukup maju setelah mengadakan PPSMI sejak "merdeka".

7. Apa nak jawab cicit kita tanya pada anak cucu kita.
"Kenapa kita belajar sains dan Matematik dalam Inggeris, Inggeriskan sudah lama jatuh".

KHAIRUL NAZRI said...

Salam Sdr Hasbullah,

Terimakasih diatas komen saudara.

1. Secara peribadi saya melihat bahasa Inggeris ini tidak lebih sekadar satu bahasa sama seperti bahasa Cina, India dsbnya. Saya percaya bahawa untuk kita memahirkan diri terutama di dalam menimba ilmu, kita harus jika masuk ke kandang kambing kita harus mengembek dan bukan sebaliknya.

2. Saya juga masih berpegang kepada bahasa Melayu sebagai sebahagian darah dan jati diri saya namun untuk berjaya menguasai apa jua ilmu di dunia ini kita harus membuka hati dan minda kita menerima sesuatu di luar ruang lingkup kita.

3. Saya juga tidak mengambil peduli samada empayar atau tamadun Inggeris telah jatuh atau tidak dikenali lagi di serata dunia dan ini juga tidak jauh beza bagi tamadun Melayu itu sendiri.

4. Justeru itu, kita seharusnya berusaha untuk menyokong apa jua kebaikan samada kepada diri kita, keluarga kita, agama Islam kita, bangsa kita Melayu malah kepada negara sekalipun yang memberikan kita kemajuan di dunia dan akhirat, ilmu, kekuasaan, pengukuhan bangsa, agama dan negara.

5. Maka itu secara peribadi, elok kita berfikir kembali apa yang perlu, harus dan wajib kita laksanakan untuk mencapai kejayaan dari pelbagai sudut dan segi di dalam dunia yang penuh segala persaingan kini.

Hasbullah Pit said...

1. Sekiranya Bahasa Inggeris tiada istimewanya, mengapa Bahasa Inggeris dipilih?
Ilmu matematik dan Sains sudah lama wujud dalam bahasa Melayu, mengapa perlu ubah kandang itu kepada kandang Inggeris?

2. Mengapa tidak yakin Bahasa Melayu boleh menjadi bahasa antarabangsa, Bahasa Ilmu?

3. Perlu kekal PPSMI walaupun Tamadun Inggeris Jatuh?

4&5. Saya memikir untuk mendirikan Tamadun dalam Acuan sendiri itu penting.

Cars & Formula 1