04 March 2009

Pakatan Konspirasi Rakyat - Pemecah Perpaduan Melayu?

Hari ini kita terus-terusan melihat betapa kemelut politik yang melanda negara khususnya kepada orang melayu semakin dirasakan tiada kesudahannya. Perbalahan politik ini jelas merugikan orang Melayu itu sendiri sedangkan bangsa-bangsa lain terus bekerja keras dan bersatu menguatkan bangsa mereka dan dalam pada masa yang sama menyusun gerakan merampas apa jua hak dan keistimewaan orang melayu di negara ini.

Justeru itu, elok benar kita melihat saranan dan seruan kearah perpaduan dan kesatuan orang Melayu di dalam menghadapi dugaan ini seperti mana yang dipetik dari laman blog Meru Perdana dibawah ini untuk kita sama-sama sedar dan renungi bersama :-

oleh, Blogger Meru Perdana

Konspirasi adalah bermaksud komplot, satu gerak usaha berkomplot untuk menjatuhkan seseorang ataupun sesebuah organisasi.

Konspirasi ini bermula sejak dari Tun Mahathir memegang tampuk kepimpinan kerajaan yang mana Anwar Ibrahim sebagai timbalannya ketika itu.

Sewaktu itu, Anwar telah menunjukkan cita-citanya yang besar untuk menjadi PM menggantikan Tun Mahathir, namun Tun lebih awal dapat mengesan tindak-tanduk Anwar boleh membawa negara kepada kerosakan terutamanya dari segi ekonomi yang mana pada zaman kegawatan ekonomi 1997 Anwar yang begitu beriya-iya ingin mendapatkan bantuan pinjaman dari Bank Dunia (IMF) yang mana dipercayai Anwar akan mendapatkan keuntungan dari pinjaman tersebut.

Anwar adalah seorang pemimpin yang terlalu agresif dalam mendapatkan sesuatu jawatan yang mana beliau juga dilihat sebagai Raja Demonstrasi Jalanan yang telah diperkenalkan oleh beliau sejak tahun 1974 lagi.

Anwar memang begitu taksub dengan demonstrasi jalanan dan rusuhan yang mana tahun 1998 juga telah berlaku lagi keadaan sedemikian.

Dan setelah Anwar bebas dari penjara terjadi lagi perkara yang sama,demonstrasi jalanan yang mana telah dimulakan dengan perhimpunan HINDRAF yang mana telah kaum india dengan secara terbuka telah meminta Kerajaan British untuk membayar pampasan kepada mereka dengan alasan kerana mereka telah dibawa secara paksa ke Tanah Melayu untuk bekerja.


HINDRAF juga secara terbuka menuntut kerajaan Malaysia agar memberikan hak sama rata seperti orang melayu kepada mereka. Perkara ini ada hubung kaitnya dengan Anwar Ibrahim kerana beliau begitu menyokong dengan kumpulan ini agar diberikan hak mereka. Mereka juga mengatakan bahawa kehidupan mereka ditindas dan kita sebagai orang melayu yang mempunyai majoriti telah cuba menghapuskan kaum india di Malaysia.

Kalau difikirkan secara logiknya adakah kaum india selama ini ditindas??? Kenapa mereka begitu beriya-iya mengatakan diri mereka ditindas??? Sekiranya benar mereka ditindas, adakah mereka ditindas oleh orang melayu??? Apa buktinya???

Cuba fikirkan sedalamnya…kalau untuk sekolah adakah masyarakat india dinegara ini tidak mempunyai SJKT…? Kalau ekonomi pula,berapa banyak kedai runcit atau mini market yang dimiliki oleh kaum india, kedai makan india ataupun india muslim , kedai gunting rambut india, bengkel kereta motor, bengkel besi buruk, kontraktor turap jalan, doktor-doktor, peguam-peguam, CEO Air Asia sehinggakan orang yang paling kaya di Malaysia pun adalah orang India yang mempunyai MAXIS.

Pernahkah kita orang melayu memberi halangan kepada mereka untuk mengembangkan ekonomi mereka??? Adakah kita orang melayu akan pergi ke kedai runcit orang melayu walaupun harganya mahal??? Saya berani mengatakan bahawa kita akan membeli dikedai sesiapa pun tidak kira bangsa atau kaum yang penting harganya lebih murah dan berpatutan.

Jadi bila masanya kaum india di Malaysia ini ditindas oleh orang melayu???

Yang sebenarnya didalam pemerhatian saya adalah mereka kaum india dinegara ini telah ditindas oleh masyarakat mereka sendiri yang mana mengamalkan sistem “kasta”.Ini dapat dilihat dengan jelas diantara mereka sememangnya ada jurang.

Jadi disini masyarakat india dinegara kita dewasa ini telah dijanjikan hak yang sama rata dengan orang melayu oleh orang yang tidak bertanggungjawab yang hanya mementingkan diri dan sifat tamak halobanya.

Oleh yang demikian,mereka pun begitu teruja untuk mencapainya tanpa memikirkan sensitiviti kaum lain.

Itu baru permulaan, banyak lagi konspirasi yang didalangi oleh orang begitu bercita-cita untuk menjadi pemimpin nombor satu negara.

Perkara kedua adalah tentang kes rakaman video VK Lingam, memang sudah terang-terangan video itu telah dirakam dengan sengaja. Kebaikan rakaman tersebut adalah berjaya mengubah sistem perlantikan hakim dinegara ini tetapi perakam video tersebut telah menjadi ahli parlimen atas tiket PKR.Perakam yang menjadi ahli Parlimen tu pun bukannya tahu tugas-tugas wakil rakyat ni...pernah ke dilihat berbahas dalam parlimen....kalau merakam tu pandailah... Jadi usaha rakam merakam ini sudah sememangnya kerja-kerja mereka dan besar kemungkinan Video skandal Chua Soi Lek juga adalah hasil mereka yang mana rakaman tersebut sememangnya dirancang dimana kedudukan kamera telah tersusun dan begitu juga gambar-gambar ADUN Bkt Lanjan yang telah dirakam oleh orang mereka sendiri sewaktu mereka masih lagi berpasangan dan juga dipercayai bahawa setelah satu pihak ini ditinggalkan maka dengan rasa tidak puas hati telah pun menyebarkan gambar-gambar tersebut. Si Eliza sendiri telah mengakui gambar tersebut telah dirakam semasa beliau belum lagi menjadi ADUN.

Yang kena tuduh sekarang ini UMNO dan BN pulak. Dimana rasional nya yang kerja-kerja ini dilakukan oleh UMNO???

Kalau Anwar dan Azmin kata ada bukti…sila kemukakan…. Asyik cakap jer…
dari tahun 1998 cakap ada berkotak-kotak bukti dokumenlah…tapi satu pun tidak pernah ditunjukkan. Cuma menghangatkan sessi ceramah jer... bukti nya satu pun takde....

Begitu juga tentang kes Altantuya yang mana Anwar sibuk cakap mempunyai bukti kukuh yang boleh mengaitkan Najib terlibat…MANA BUKTINYA??? Kalau dapat dilihat diblog-blog dan rencana terbitan pro Anwar hanya ada gambar potong tampal yang menunjukan Najib sedang makan dengan Razak bersama dengan Altantuya.

Dalam kes melompat parti yang dijadualkan akan berlaku pada 16 Sept 2008 yang mana Anwar dah berangan nak jadi pemimpin nombor satu negara tapi apa yang jadi angan mat jenin…kenapa Anwar begitu mengejar sangat jawatan PM??? Kerana Anwar dah merasa jawatan TPM yang mana beliau boleh mengumpul kekayaan yang tujuh keturunan tidak akan habis ini kerana semasa Anwar duduk didalam penjara pun kekayaan masih berlipat kali ganda.

Dimana 30 Ahli Parlimen yang dikatakan akan melompat parti dari BN ke PR??? Kenapa tidak dikeluarkan senarai nama??? Dan kenapa begitu sanggup mengejar mereka ke Taiwan??? Apa yang cuba ditawarkan pada mereka???

Dan apabila Adun BN di Perak melompat ke PR kenapa semua orang pemimpin PR tersenyum dan membuat kenyataan dengan angkuh sekali yang mana PR rasa telah Berjaya dengan isu lompat parti ini namun “Langit tidak selalu cerah” , 3 Adun PR telah menyatakan pendirian untuk keluar dari PR dan diikuti oleh Adun Bota yang telah melompat ke PR telah berpatah balik ke BN.

Apabila terjadi sedemikian rupa, keluarlah macam-macam kenyataan yang mana konspirasi ini dijalankan oleh UMNO dan BN. Adun-Adun ini juga telah tuduh terima rasuah dari UMNO.

Kenapa mereka memancing Adun dan Ahli Parlimen BN untuk melompat kepada mereka HALAL dan boleh.. tiada masalah dan apabila yang terjadi sebaliknya kenapa pula HARAM dan tidak boleh diterima.



"Kalau pangkah BN kafir,haram,masuk neraka" tapi diorang boleh pulak...

Jadi ada benar kata-kata Karpal Singh yang Anwar lah seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan tidak berkelayakan untuk memimpin PR.Karpal adalah seorang pemimpin yang tetap pendiriannya yang tidak akan menerima perjuangan Pas untuk menjadikan hudud sebagai undang-undang. Namun kelantangan Karpal menghina institusi Diraja adalah perkara yang perlu membuka mata dan menyedarkan semua orang melayu bahawa Pakatan Rakyat sudah berani menderhaka kepada Raja-raja Melayu.

Sekiranya difikirkan…jika Anwar Ibrahim ini adalah seorang pemimpin yang benar-benar ikhlas berjuang untuk rakyat, beliau telah pun menjadi PM semasa didalam UMNO lagi…sesungguhnya ALLAH maha mengetahui, dan semakin hari semakin terserlah munafiknya Anwar.

Kenapa orang UMNO meluat dengan Anwar???

Kerana semasa dalam tampuk kerajaan beliau lah yang membolot semuanya tapi selepas Pak Lah banyak membawa perubahan dalam UMNO dan beliaulah juga yang mengacau bilaukan UMNO… dan juga kehidupan aman rakyat malaysia.

Siapa orang-orang PKR(Pakatan Konspirasi Rakyat)???

1. Orang melayu yang merajuk dari UMNO yang tidak jelas tentang agenda perjuangan bangsa.
2. Orang India yang mahu hak sama rata yang telah dijanjikan oleh Anwar
3. Orang perempuan Cina yang suka lelaki melayu ambil gambar sewaktu tidur.



Berfikirlah secara rasional, kerana anda penentu masa depan negara, jangan biarkan negara tergadai kerana pemimpin datang dan pergi…sekiranya Anwar berjaya menjadi PM nescaya akan ada seorang PM yang bukan orang melayu selepas Anwar dan Anwar akan menjadi Thaksin dengan meninggalkan negara.


Semasa itu nasi sudah menjadi bubur…kekesalan yang melanda sudah tidak berguna…Anwar dan keluarganya hidup diluar negara dengan kaya raya. Kita sebagai orang melayu akan menjadi hamba di tanah air sendiri. Janganlah kita menyesal kemudian hari yang sejarah tanah air kita tertulis negara Malaysia yang dikenali sebagai Tanah Melayu satu ketika dahulu telah tergadai diatas kedangkalan orang melayu sendiri.

Mungkin pemimpin UMNO ada kesilapan namun jasa UMNO dalam memperjuangkan bangsa tetap utuh.

Jangan difikirkan nasib kita sekarang…..Fikirkanlah nasib anak cucu kita dimasa akan datang…

Petikan dari Blog Meru Perdana


No comments:

Cars & Formula 1