15 April 2009

Keruncingan Nasib Melayu Kini


Bangkitlah Melayu

KUALA LUMPUR 14 April – Orang Melayu perlu bangkit dan bersatu dalam berhadapan dengan tuntutan kaum lain yang kini dilihat semakin keterlaluan.

Mereka juga perlu sedar dan insaf dengan situasi politik semasa yang menyaksikan pelbagai tuntutan hingga boleh menjejaskan kekuatan politik orang Melayu.

Sehubungan itu, orang Melayu diminta tidak tunduk kepada tuntutan keterlaluan tersebut sebalik bangkit bersatu bagi mempertahankan hak dan kepentingan mereka.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, pemimpin bukan Melayu dalam hal ini perlu sedar yang sesebuah kerajaan itu boleh sahaja untuk tidak ‘melayan’ tuntutan mereka.

Katanya, jumlah kerusi terbanyak di Parlimen adalah milik Melayu dan ia cukup untuk membentuk sebuah kerajaan berasaskan wakil rakyat Melayu semata-mata di negara ini.

Katanya, justeru, dari segi politiknya kerajaan itu sepatutnya memenuhi apa sahaja yang menjadi kehendak Melayu kerana mereka adalah majoriti dan bukan asyik bertolak ansur dengan bukan Melayu.

‘‘Parti Melayu akan kuat bila Melayu dijaga. Jadi UMNO kena fokus orang Melayu. Jadi UMNO tak perlu takut kerana saya lihat bila UMNO itu kuat orang bukan Melayu automatik akan sokong juga Barisan Nasional (BN) macam dulu,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Baca selanjutnya di sini.

Sumber dari Utusan Online


Komen blogger,

1. Secara peribadi saya berpendapat, segelintir kita orang Melayu masih lagi alpa dan tidak peka akan betapa runcingnya nasib orang Melayu kini di tanahair sendiri.

2. Kita masih lagi sibuk menyalahkan orang lain dan dalam pada masa yang sama masih mengharap orang lain melakukan pembaharuan demi unutk diri kita.

3. Semua itu harus diketepikan dan sebaliknya kita harus berusaha sendiri menentukan nasib kita, keluarga, agama, bangsa dan negara seperti apa yang kita mahukan.

4. Kita sebenarnya masih bernasib baik kerana kerajaan yang ada sekarang masih lagi memperjuang, melindungi nasib kita orang Melayu.

5. Walaupun ada sebahagaian kita tidak menyokong malah menfitnah, mencaci-keji, menghina namun pada hakikatnya kita telah sama-sama menikmati hasil-usaha mereka.

6. Jika jangan tamak malah harus bersyukur setidak-tidaknya bahawa kesemua kenikmatan itu hanya datang dari Allah SWT dan ia disalurkan melalui kerajaan mahupun pemerintah yang masih lagi Allah SWT izini berkuasa.

7. Lupakan fahaman politik kita buat sementara kerana kita sesungguhnya bergerak di landasan yang sama tetapi berlainan jalanraya demi untuk kepentingan perpaduan, kesatuan orang Melayu serta kesejahteraan anak cucu kita kelak. Mulaikanlah hari ini daripada tidak langsung.

Insyaallah.

1 comment:

TAAVEEKUN PERAK said...

‘saya dihentam kiri dan kanan oleh pemimpin ameno. Saya dituduh sebagai agen asing, agen singapura,. Semalam saya dihentam oleh menteri besar ameno negeri parak. Dia kata saya sudah menjual hak melayu. Apa salah saya tuan-tuan, salahkah saya berjanji kepada seluruh rakyat parak saya akan berikan seluruh milikan tanah selama 1500 tahun kepada cina-cina yang mengundi saya. Apa bersalahkah saya ?..

‘saya beri amaran kepada pihak ameno negeri parak, kalau saya dihalang untuk memberikan tanah kepada setiap pengundi cina yang mengundi saya nanti, maka saya akan arahkan seluruh ahli partai lambang bulat berbaring di atas jalan 24jam. Jangan main-main dengan saya..sayalah BADUT pejuang rakyat.!!!!’

Cars & Formula 1