20 June 2009

Flip-Flop : Dulu Pak Lah kini Nik Aziz

petikan dari blog Dr Novandri Hasan Basri

1. Nik Aziz dan 'syaitan'

Di sini penulis sertakan 2 foto mengenai Nik Aziz. Apakah Nik Aziz sebenarnya sudah di fasa dementia yang memerlukan beliau mengundurkan diri dari arena politik?

Ini adalah kerana beliau sudah terlupa kepada beberapa kenyataan kontroversi yang pernah beliau sendiri katakan sebelum ini mengenadi DAP dan perpaduan UMNO-Pas.

a) Jika hari ini Nik Aziz boleh bersekongkol dengan 'Syaitan', apakah beliau tidak boleh berunding dengan saudara seagama beliau sendiri?


b) Nik Aziz juga pernah menerima konsep perpaduan UMNO-Pas pada tahun 1974. Ketika itu, Nik Aziz merupakan calon Barisan Nasional (BN) untuk parlimen Pengkalan Chepa!

Ketika itu Nik Aziz berkata, "kalau dulu ahli Pas dan UMNO sering bertengkar menghidupkan kehidupan di kampung tidak tenteram, tetapi dengan terbentuknya Barisan, mereka dapat hidup aman damai."

Phobia yang teramat sangat di dalam hati Nik Aziz mengenai perpaduan UMNO-Pas tentunya tidak masuk akal jika dibandingkan dengan cara beliau menerima 'syaitan DAP' dan mentor Singapura, Lee Kuan Yew yang banyak berdosa kepada rakyat Malaysia!

2. Pemimpin Pas 'cemas' dan 'lemas?

Penulis tersenyum sinis apabila membaca kenyataan Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata UMNO dan BN kini berada dalam keadaan paling 'cemas', tidak selesa diambang 'kelemasan' menghadapi kebangkitan Pas dan Pakatan Rakyat.

"UMNO hari ini jadikan apa sahaja untuk jadi isu sebab dia (UMNO-BN) dalam 'kelemasan'. Dan terbaru, Kerajaan Perpaduan dijadikan isu untuk memecah-belahkan PAS dan Pakatan Rakyat," ujarnya - BuletinOnline

Nampaknya pemimpin-pemimpin Pas seperti Satiful Bahri Mamat masih keliru dan berlagak pandai kononnya mereka tahu mengenai evolusi isu 'kerajaan perpaduan'.

Akibatnya, mereka menokok tambah serta berbohong kepada penyokong-penyokong parti Pas dengan menyalahkan parti UMNO yang sebenarnya tiada kena mengena langsung dengan timbulnya idea 'kerajaan perpaduan' ciptaan Abdul Hadi Awang.

Pemimpin-pemimpin Pas dan ahli-ahli Pas keseluruhannya perlu tahu bahawa konsep ini dimulakan dan dicanang oleh kepimpinan tinggi parti Pas tanpa menerima sebarang tekanan dan paksaan daripada parti UMNO.

Sehingga sekarang pun, kepimpinan UMNO tidak meletakkan sebarang syarat untuk mengadakan perbincangan tentang 'kerajaan perpaduan'. Malah kepimpinan UMNO menyeru kepimpinan Pas supaya menyelesaikan perbezaan pendapat didalam parti tersebut dahulu sebelum berbincang serius mengenainya dengan parti UMNO.

Dakwaan Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat seperti di atas jelas menunjukkan bahawa parti Pas yang sebenarnya tertekan dek masalah dalaman yang semakin membimbangkan dan tidak dapat disembunyikan lagi.

Seperkara lagi, kenyataan beliau yang mengatakan UMNO-BN dalam 'kelemasan' juga jelas menunjukkan beliau sebenarnya bertambah risau yang beliau sendiri akan 'kelemasan' dek 'kapal Pas-Pakatan Rakyat' yang semakin karam disebabkan percaturan politik sendiri!

3 comments:

Cheguman said...

Nik Aziz dah buang tebiat kot...

azlishukri said...

sekarang mereka sudah tiada jawapan lagi dalam menolak kerajaan perpaduan.

KHAIRUL NAZRI said...

N.Ajis seharusnya mengundur diri lama dulu lagi kerana jelas polisi politiknya kini sering menjadi pertikaian dan tidak membina.

Tentangan terhadap cadangan kerajaan perpaduan ini tidak lebih hanya sekadar dari rasa dendam dan bencinya terhadap UMNO seperti mana Anwar Ibrahim

Cars & Formula 1