Orang Pakatan Semakin Sakit
Orang pakatan semakin sakit sejak akhir akhir ni. Mereka sakit hati melihat kejayaan UMNO/BN memajukan negara, sakit hati melihat negeri Perak berjaya dibebaskan daripada penjajahan mereka malah jiwa mereka juga semakin sakit apabila pemimpin mereka mula berubah menjadi badut sarkas kepala dunga di dalam parlimen.
Akhirnya penyokong pakatan dapat melihat kelemahan dan keburukan sikap pemimpin pemimpin pakatan. Pemimpin mereka sanggup memalukan diri serta keluarga semata mata kerana kuasa. Pemimpin mereka yang dianggap suci seperti Nik Aziz, Anwar dan Nizar sudah mula berubah menjadi Badut Sarkas Kepala Dunga.
Seorang terjerit jerit didalam parlimen seolah berada didalam sarkas, seorang lagi melatah dan menjadi penentang islam apabila menolak perpaduan diantara sesama saudara seagama dan seorang lagi terlompat lompat keluar negara mencari sokongan untuk kes mahkamahnya.
Kini pakatan tidak ubah seperti sarkas. Tempat berkumpulnya segala badut dari pelbagai aliran pemikiran dan agama. Dan penyokong mereka adalah penonton sarkas terbabit. Apa saja lawak merapu badut badut ini buat, penonton ketawa dan suka. Hanya terima tanpa berfikir kewajaran atau logik persembahan badut terbabit.
Dan buat mereka yang mahu berfikir, insyaallah mereka akan menyedari bahawa sarkas itu tiada apa yang menguntungkan melainkan hiburan yang melalaikan sahaja.
Petikan dari Kingdom of Heaven
Petikan dari Kingdom of Heaven
No comments:
Post a Comment