22 June 2009

Kearah Perpaduan Islam dan Bangsa Melayu



Kita merasa ada kejujuran Presiden & Timbalan Presiden PAS untuk berbincang ttg perpaduan samada kerajaan perpaduan atau dasar perpaduan atau persefahaman perpaduan..alangkah mulianya hasrat itu yg telah disambut baik oleh Perdana Menteri dan Timb Perdana Menteri dengan fikiran terbuka..

Tentunya kita ingin tahu perincian yg lebih lanjut dari PAS..apa yg berlaku selepas ini terpulang kpd perbincangan pimpinan tertinggi UMNO..saya kira PAS tidak semestinya perlu melibatkan perbincangan dgn DAP & PKR kerana mereka punyai kekuatan sendiri..DAP & PKR tentu boleh dianggap turut menumpang kepada kekuatan PAS dlm pakatan pembangkang itu..

Jika ada ikhtiar dan iltizam yg baik untuk menafaat rakyat terbanyak, semua pihak wajar mengalu-alukannya dgn rasa penuh kesyukuran..sayugia diingat bahawa bumiputera/Melayu yg merupakan 2/3 penduduk negara ini sudah lama mengimpikan dua parti terbesar Melayu agar dapat duduk bersama berbincang utk kebaikan..


Perpaduan sebenarnya baik utk semua rakyat yg 1/3 lagi tanpa mengira bangsa di negara ini..amatlah sesuai hasrat itu dengan gagasan 1Malaysia yg bertema rakyat didahulukan..perpaduan sememangnya bersandarkan kpd kepentingan rakyat terbanyak..

Barulah kita akan dapat memastikan pencapaian atau prestasi martabat negara ini dapat diangkat dan diangkasakan..masalah dalaman PAS akibat cadangan ini hanyalah suatu cabaran yg tidak mustahil untuk diselesaikan..tiada jalan mudah untuk mencapai sesuatu hasrat yg mulia..mudah2an Allah akan memberkati segalanya..Terima kasih.

Ahmad bin Maslan

petikan dari Blog Parpukari


No comments:

Cars & Formula 1