27 June 2009

Pergi jua akhirnya

Samada kita semua sedar atau tidak, pabila maut menjelma, kita tidak akan terlepas biar seminit pun. Kematian bintang pop dunia, Micheal Jackson atau nama islamnya - Mikaeel, baru-baru ini jelas bahawa tidak kira siapa kita sebenarnya, dari tanah kita dicipta dan kepada tanah juga akhirnya kita kembali.

Saya adalah salah seorang daripada berjuta-juta manusia di dunia ini membesar seiring dengan populariti Micheal "Mikaeel" Jackson. Walaupun tidak begitu ghairah meminatinya namun lagu-lagunya banyak mewarnai zaman remaja saya. Sedikit sedih kerana saya juga pernah menghadapi kematian. Namun itu semua adalah suatu yang harus diterima, dihadapi dan dipercayai oleh kita sebagai hamba Allah di mukabumi ini.

No comments:

Cars & Formula 1