Pada tanggal 14hb. Julai yang lalu kita dapat melihat betapa hebatnya perlawanan di MU. Jelas kedua-dua pasukan yang berlawan itu telah menghamburkan segala strategi dan ilmu demi untuk memikat para penyokong mereka agar terus memilih mereka sebagai satu pasukan yang relevan memperjuangkan nasib dan masa depan samada terhadap pasukan juga kepada para penyokong mereka.
Dan, pada tanggal 18hb. Julai ini juga, kita akan dapat melihat satu lagi pasukan MU yang akan berlawan bukan sahaja dengan pasukan yang kerdil malah berhadapan dengan kesetiaan negara, minat dan sokongan rakyat Malaysia.
Jelas, kedua-dua MU ini menagih sokongan daripada mereka-mereka yang begitu taksub dengan kedua-dua MU ini. Samada sedar atau tidak keseronokan, kepuasan serta nafsu sendiri telah dimanipulasikan demi untuk satu keuntungan. Kita menerimanya tanpa curiga kerana ia tampak telah memenuhi tuntutan kehendak dan nafsu sedangkan selama ini secara tidak sedar minda dan jiwa kita telah lama diserapi dengan keseronokan, ketaksuban, kelekaan dsbnya.
Itulah kenyataan, itulah yang berlaku. Dengan keseronokan dan kegembiraan ini, kita sebenarnya telah berjaya dipesongkan dengan perkara-perkara yang sebenarnya berlaku, perkara-perkara yang harus kita ambil tahu, perkara-perkara yang perlu kita tahu, yang penting untuk diri, jiwa dan minda kita.
Macam pertunjukan silap mata

No comments:
Post a Comment