17 August 2009

PRK Permatang Pasir - Mengapa bangsa bukan melayu memilih PAS/PKR

1. Hanya melayu dalam PAS dan PKR sahaja yang boleh diharap untuk menentang sultan melayu sendiri. Hanya melayu dalam PAS dan PKR sahaja yang sanggup baring ditengah jalan untuk menyekat kenderaan sultan melayu. Bangsa bukan melayu tidak boleh mengharapkan UMNO utk menentang sultan, kerana UMNO begitu kuat menghormati sultan dan pemerintahan raja berperlembagaan.

2. Hanya melalui PAS dan PKR sahajalah, orang-orang bukan melayu dapat menguasai politik negara. Selama ini orang bukan melayu telah berjaya menguasai ekonomi tetapi mereka tidak berjaya menguasai peringkat tertinggi politik, kerana kuasa politik masih dimiliki oleh orang melayu. Oleh itu, dgn menyokong PAS dan PKR, bangsa bukan melayu ini boleh menguasai satu-satunya kuasa yang tinggal iaitu politik. Ini adalah kerana orang melayu dalam PAS dan PKR tidak kisah sekiranya negara ini dipimpin secara politiknya oleh bangsa bukan melayu. Negeri Perak menjadi contoh dimana, orang-orang melayu dalam PAS dan PKR rela membiarkan kuasa politik di negeri itu dipimpin secara majoriti oleh bangsa bukan melayu.

3. Bangsa bukan melayu memilih PAS dan PKR adalah kerana mereka juga tahu bahawa orang melayu dalam PAS dan PKR rela menjadi pemimpin boneka dalam kerajaan. Walaupun Menteri Besarnya adalah orang melayu, tetapi ianya hanyalah pemimpin boneka kepada bangsa bukan melayu apabila banyak tindakan-tindakan mereka memihak kpd bangsa bukan melayu. Dengan kata lain, melalui PAS dan PKR, bangsa bukan melayu boleh memimpin Malaysia secara proksi.

4. Mereka juga menyokong PAS dan PKR kerana mereka boleh mengharapkan orang melayu dalam PAS dan PKR untuk menentang mufti-mufti negeri apabila mufti-mufti ini tidak menyebelahi mereka. Sebagai contoh, teguran yang dibuat oleh mufti terhadap penggunaan ayat Al-quran untuk politik dalam ceramah bangsa bukan melayu telah ditentang dengan hebat oleh orang-orang melayu dalam PAS. Perkembangan ini amat menggembirakan bangsa bukan melayu kerana mereka boleh gunakan golongan (PAS/PKR) ini sebagai benteng untuk mempertahankan mereka.

5. Bangsa bukan melayu mula menyokong PAS apabila melihat PAS sanggup menggadaikan perjuangan mereka semata-mata demi kuasa politik. Kalau dahulu, bangsa bukan melayu ini tidak mahu menyokong PAS kerana PAS begitu kuat pendirianya terhadap pembentukan negara islam. Tetapi kini, PAS tidak lagi berjuang untuk pembentukan negara islam. Islam bukan lagi menjadi agenda bagi PAS. Melihatkan PAS sanggup mengubah pendirian mereka semata-mata kerana kuasa, maka mungkin inilah peluang yang boleh digunakan oleh bangsa bukan melayu utk menguasai politik. Malah kini tidak ada bezanya antara parti PAS dan PKR kerana kedua-duanya tidak memperjuangkan agama islam. Sebaliknya, kedua-dua parti ini seakan-akan sama dengan perjuangan DAP.

6. Bangsa bukan melayu tidak mahu menyokong UMNO/BN adalah kerana perjuangan UMNO adalah untuk agama, bangsa dan negara. UMNO berusaha sejak dari dahulu lagi mempertahankan hak-hak yang telah termaktub dalam perlembagaan. UMNO berusaha mendukung perlembagaan Malaysia yang memperuntukan hak keistimewaan kpd bangsa melayu dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan hak-hak bangsa-bangsa lain.

7. Oleh kerana UMNO begitu kuat berusaha mendukung hak-hak yang termaktub dalam perlembagaan, maka bangsa bukan melayu ini beralih kpd PAS dan PKR yang lebih menjurus kepada hak kesamarataan diantara semua kaum. Perjuangan kesamarataan ini adalah mirip kpd perjuangan DAP yang sebenarnya tidak berdasarkan kepada peruntukan perlembagaan Malaysia. Didalam perlembagaan Malaysia terdapat perkara-perakra yang menjamin hak istimewa bangsa melayu, agama islam, bahasa melayu dan institusi raja. Perkara-perakra ini tidak disenangi oleh bangsa bukan melayu yang lebih mahukan hak kesamarataan. Oleh kerana mereka boleh mengharapkan sokongan melayu dalam PAS dan PKR utk menyokong perjuangan kesamarataan, maka mereka beralih sokongan kpd PAS dan PKR.

8. Persoalanya, mengapa dahulu terutama semasa pilihanraya 1999 dimana orang melayu kurang menyokong UMNO kerana ramai yang terpedaya dengan Anwar Ibrahim, bangsa bukan melayu memberi sokongan yang begitu kuat kpd UMNO dan BN ?

9. Pada PRU 1999, bangsa bukan melayu kuat menyokong BN adalah kerana mereka yakin dengan pimpinan kerajaan pada waktu itu dalam usaha menyelamatkan ekonomi Malaysia. Kebijaksanaan kerajaan pimpinan Dr. Mahathir telah meyakinkan mereka bahawa kerajaan mampu membawa keluar Malaysia dari kegawatan ekonomi dan secara tidak langsung membantu sektor perniagaan di Malaysia. Kita tahu bahawa bangsa bukan melayu begitu kuat bergantung kpd sektor ekonomi, maka keyakinan yang tinggi ini menyebabkan mereka menyokong UMNO dan BN sehingga mampu mendapat majoriti 2/3 walaupun pada masa itu orang-orang melayu lari dari UMNO akibat terpedaya dengan Anwar Ibrahim.

10. Pada zaman ini, apabila tiada kelihatan usaha-usaha yang dibuat oleh kerajaan UMNO/BN dalam meningkatkan keupayaan ekonomi negara ditambah pula dengan kesilapan pemimpin kerajaan yang merencatkan pertumbuhan pembangunan dan ekonomi, maka bangsa bukan melayu tidak yakin dengan pimpinan kerajaan. Beberapa kesilapan dasar-dasar dibawah pimpinan Pak Lah, telah menghilangkan keyakinan mereka. Apabila dilihat bahawa mereka boleh mendapat keuntungan secara politik melalui PAS dan PKR, maka mereka telah mengubah pilihan mereka. Sekurang-kurangnya mereka boleh menguasai politik Malaysia melalui PAS dan PKR. Kalau dahulu kebijaksanaan pemimpin UMNO merupakan WOW factor bagi mereka, kini wow factor itu sudah tidak ada lagi. Yang ada hanyalah wow factor dari PAS dan PKR yang boleh dipergunakan mereka.

sumber analisa dari Blogger

No comments:

Cars & Formula 1