18 August 2009

Modal Lapok

SEPERTI dijangka, PAS akan menggunakan taktik lapuk mereka bagi menghadapi BN dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir sebagai cara untuk memenangi hati para pengundi.

Dalam hal ini, jentera pakatan pembangkang dan PAS telah mula menggerakkan misi mereka dengan menabur pelbagai fitnah berkaitan Kerajaan termasuklah menggunakan agama Islam sebagai kempen politik mereka.

Apa yang perlu dilakukan oleh PAS selain daripada menyebarkan cerita-cerita palsu, memplagiat isu, memanipulasi fakta dan seterusnya melakukan provokasi kepada masyarakat tempatan.

Terbaru, dilaporkan bahawa Mursyidul Am PAS, Nik Aziz mendakwa bahawa ahli-ahli UMNO tidak akan masuk syurga kerana kononnya mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Dakwanya lagi, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh PAS dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO di Negara ini lantas Islam bawah UMNO dikatakan tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga.

Dalam masa yang sama, Presidennya, Hadi Awang juga turut mengecam UMNO dengan mengatakan UMNO mengamalkan politik dajal dalam usaha mengekalkan pentadbiran.

Malahan sebelum ini juga, sememangnya PAS seringkali menggunakan isu agama bahan utama dengan pelbagai dakwaan kononnya UMNO adalah sebuah parti yang menolak Islam, menyeleweng dan membawa ajaran sesat sedangkan realitinya adalah sebaliknya.

Perlu difahami bahawa UMNO yang menjadi tunjang dalam kerajaan sentiasa berpegang teguh kepada amalan Islam sebenar malahan ia turut termaktub dalam Perlembagaan yang menyatakan bahawa Islam adalah agama rasmi.

Dalam UMNO sendiri, perlu diselami bahawa penubuhannya adalah berlandaskan kepada agama, bangsa dan negara dengan pastinya agama yang dinyatakan adalah agama Islam.

Malahan jika diselami sendiri, antara PAS dan UMNO, manakah parti yang benar-benar mengamalkan Islam sedangkan PAS menggunakan agama sebagai bahan politik termasuk memburuk-burukkan pihak lain biarpun seagama dan sebangsa dengannya.

Apa yang pasti, ini kerana PAS dan pakatan pembangkang tandus dengan bahan cerita dan idea bernas apatah lagi untuk membicarakan soal pembangunan yang sememangnya gagal dilakukan oleh kerajaan Negeri.

Sumber analisis dari Blogger

2 comments:

Kang nasir said...

Dah itu je modal yg ada utk memperbodohkan bangsa.

kalau benar ikhlas berjuang utk ugama,
mana buktinya pemerintahannya membawa kemajuan & kebaikan ummah.

dah tau anak bangsa kucar kacir berlumba2 mengejar dosa tapi mereka dok masih berlumba2 cari salah pemimpin.

Lin said...

SALAM

PANDAI JUGAK NI AZIZ MAIN BENDA TU YE BRO


ANYWAY

SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN INI SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MEMOHON MAAF ATAS KEKASARAN BAHASA SEMASA MEMBERI ULASAN KEPADA SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN

SEMOGA RAMADHAN INI DAPAT MENYATUKAN HATI UMAT ISLAM DI MALAYSIA INI...

SALAM SEJAHTERA

Cars & Formula 1