03 September 2009

Kebencian terhadap parti Melayu UMNO


.....sebab aku kenal mana intan mana kaca.

Demikianlah luahan anak muda pada hari ini. Ya, suatu masa dahulu kebanyak bapa "anak muda" pada hari ini itu bapanya adalah ahli, pemimpin malah mungkin pejuang UMNO. Kerana bapanya lahir sekitar sepuluh tahun sebelum merdeka dan bila sudah menjadi anak muda sekitar tahun 70an, bapanya itu kagum dengan semangat anak muda pada masa itu seperti perjuangan Tun Dr. Mahathir melalui karangannya The Malay Dilemma.

"Benci UMNO" dan itulah stigmanya. Dan stigma sedemikian digunapakai oleh musuh siasah UMNO sepetri DAP, PKR dan PAS sebagai Kenyataan Tesis untuk memulakan Sidang Ceramah. Stigma itu akhirnya dijadikan sebagai buah untuk dilekatkan di dalam hati dan seterusnya diterjemahkan melalui undi.

Sudah pasti hujah bicara mahupun telah didatangkan dengaan fakta pragmatis tidak dapat meluruhkan Buah atau Stigma Benci UMNO di dalam hatinya.

Contohnya, fakta pragmatis seperti berikut. Bapanya seorang pegawai kerajaan dan kerajaan itu sudah pastilah diterajui BN/UMNO. Dan dia anak generasi 80an diwaktu Malaysia Makmur, telah belajar di Universiti yang ditubuhkan oleh kerajaan pada masa itu berserta pelbagai lagi faedah dan kemudahan pembelajaran. Beliau juga hidup dalam negara yang mana fasiliti kehidupan adalah baik dengan kemudahan elektrik, air dan sistem pengangkutan dan jalanraya yang elok. Namun kesemua faktor itu dan jasa Parti BN/UMNO yang memimpin kerajaan itu dipisahkan.

Lalu dia merasakan bahawa itu semua (maksudnya, pembangunan) yang dinikmatinya dan perjuangan politik BN/UMNO adalah dua yang berbeza. Berikutan krisis politik 1998 yang mendorong kepada gagasan politik baru menyebabkan dia dighairahkan dengan kumpulan siasah alternatif seperti PKR atau PAS.

Jiwa anak muda senantiasa rebel. Dan "jiwa rebel" itu senantiasa memujuk hati mereka untuk bersama pihak alternatif.

PAS dilihat lebih baik kata mereka. PAS memperjuangkan Islam dan Islam menjadi dasar PAS. Sedangkan PAS itu sendiri berdaftar di bawah ROS dan secara langsung PAS itupun sebahagian daripada Sistem Perlembagaan Persekutuan yang mereka katakan sekular itu. Sekular jugakkah PAS? PAS juga mendaftar sebagai salah satu parti siasah di bawah Suruhanjaya Pilihanraya yang mana negara ini berkiblatkan Sistem Kerajaan Westminster berasaskan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Sekular jugakkah PAS?

Kesimpulannya, menjadi Islam negara itu bukanlah kerana dia mencontohi Sistem Westminster atau tidak. Sistem Kerajaan Westminster adalah sistem kerajaan yang berasaskan demokrasi berparlimen seperti yang diamalkan oleh Kerajaan UK. Namun elemen Constitutional Monarch diserap masuk kepada jalinan sistem bersepadu di Malaysia telah meletakkan Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-raja sebagai elemen penting dalam set Perlembagaan Persekutuan kita pada hari ini. Ini jelas kerana elemen itu antaranya, menyebabkan tertegaknya Artikel 3 yang mengaskan Islam sebagai Agama Rasmi.

Sejarah telah merakamkan bahawa kepimpinan utama UMNO antara pihak terpenting merangka bersama Perlembagan Persekutuan yang menjadi pandu perjalanan negara Malaysia hari ini.

Dan dia yang membenci UMNO adakah turut membenci asas kewujudan Malaysia pada hari ini di mana dia juga adalah warganya.

Sekiranya dia memiliki pandangan siasah yang berbeza dia boleh sahaja tidak memangkah UMNO dalam pilihanraya kerana calon yang diutarakan UMNO bukan calon yang baik. Namun membenci UMNO bolehlah dikiaskan dia juga membenci keseluruhan sistem termasuklah parti PKR dan PAS yang menjadi sebahagian daripada sistem yang sama.

sumber analisa dari Blogger

No comments:

Cars & Formula 1