29 September 2009

Kita hanya membantah

Dua NGO bantah konsert Beyonce

SHAH ALAM - Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (Perkid) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mahu konsert Beyonce yang dijadualkan 25 Oktober ini dibatalkan.

Presiden Perkid, Masridzi Sat berkata, kerajaan perlu menarik balik permit konsert penyanyi terkenal dari Amerika Syarikat itu kerana tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada generasi muda di negara ini.
Justify Full
Katanya, golongan remaja hanya mengambil kesempatan untuk berhibur dan kemudiannya melakukan maksiat seperti seks bebas, dadah dan merempit.

“Perkid juga percaya bahawa tiada sebab untuk kerajaan membenarkan artis barat masuk sedangkan gejala sosial di negara ini masih belum dibanteras inikan pula ditambah dengan konsert yang menjolok mata dan akan memberi kesan negatif kepada golongan muda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim semalam bahawa kerajaan tidak berhasrat menghalang konsert tersebut selagi penyanyi itu mematuhi syarat ditetapkan.

Sementara itu PKPIM dalam kenyataannya semalam, berkata, mereka berpendapat penganjuran konsert itu bertentangan budaya dan norma kehidupan masyarakat timur dan tayangan iklan dan klip video artis itu tidak sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia. Sumber dari Sinar Online


Komen ADC,

1. Seperti mana sebelum ini, kita hanya mampu membantah tanpa tindakan susulan. Habis konsert semua pihak diam dan permainan yang sama akan berlaku sekiranya terdapat konsert-konsert yang menjurus kearah kemaksiatan yang akan dianjurkan kelak.

2. Tiada kesudahannya sekira kita hanya mampu berbantah tetapi dalam pada masa yang sama kita gagal membendung gejala-gejala yang mengiringi aktivi-aktivi seumpama ini. Kenapa?

3. Pada hemah saya, kita sebenarnya tidak jujur kepada diri sendiri, pada keluarga, pada agama, pada bangsa, pada masyarakat serta pada negara Malaysia tercinta. Kita masih berat untuk bertindak sendiri dalam menghadapi kebathilan yang berlaku. Sebaliknya kita mengharapkan pihak lain yang melakukannya. Ini kita semua dapat lihat didalam semua perkara.

4. Kita juga bertindak secara melulu tanpa melihat sesuatu itu dari pelbagai sudut yang mana menjadi punca perbalahan yang seterusnya membabitkan semua pihak samada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, yang mengambil kesempatan untuk kepentingan diri, juga yang memang gemar menjadi batu api di dalam sesuatu isu tersebut.

5. Saya yakin konsert-konsert seumpama ini akan terus dianjurkan di negara ini samada kita terutama umat Islam membantah dsbynya. Kita sepatutnya lebih bertanggungjawab serta mempunyai kekuatan menghadapi semua ini bagi melindungi umat islam itu sendiri agar tidak terus hanyut dibawa kelekaan dunia. Kebijaksanaan perlu didalam setiap tindakan kita.


No comments:

Cars & Formula 1