12 October 2009

Return From The Death

BN menang besar


MUHYIDDIN Yassin (kanan) dan Mohamad Hasan (kiri) mengangkat tangan Mohd. Isa Abdul Samad sejurus Barisan Nasional diumum sebagai pemenang pada Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Negeri Sembilan, semalam.


Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang dengan memperoleh 8,013 undi menewaskan Pas.

Majoriti yang diperoleh calon BN, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad meningkat kepada 5,435 undi berbanding 2,333 undi pada Pilihan Raya Umum 2008.

BN menang di semua lapan daerah mengundi termasuk tiga daerah yang dimenangi pembangkang pada Mac tahun lalu.

Calon Pas, Zukefly Mohamad Omar hanya memperoleh 2,578 undi. Pas kalah di semua 18 saluran mengundi.

Keputusan Pilihan Raya Kecil N31 itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Abdul Wahab Shamsuddin pada pukul 8 malam di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Sebanyak 82 peratus pengundi di Bagan Pinang hari ini keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Segala bentuk provokasi dan pergaduhan yang timbul menjelang hari pengundian tidak menghalang pemilih untuk keluar mengundi sekaligus melonjakkan sokongan kepada BN.

Kemenangan itu juga memecahkan kebuntuan BN yang tewas di enam pilihan raya kecil di Semenanjung. BN hanya menang satu kerusi iaitu di DUN Batang Air, Sarawak.

Ketika pengumuman dibuat, Mohd. Isa turut berada di dalam dewan sambil diiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan serta pemimpin BN yang lain.

Pengumuman kemenangan beliau turut dirai dengan sorakan penyokong BN yang berada di luar dewan. Sumber Utusan Online


Komen ADC,

1. Tahniah ADC ucapkan kepada BN kerana berjaya memenangi hati pengundi di Bagan Pinang supaya memilih BN sebagai wakil suara keramat mereka di kawasan ini. Tetapi, tahniah juga kepada sikap dedikasi, disiplin serta usaha kerja kuat para petugas BN yang tampak konsisten menghadapi provokasi serta celaan dari parti pembangkang yang lebih menjurus kepada kempen main-main kebudak-budakan.

2. Walau bagaimanapun, usah kita lupa dengan kemenangan ini kerana ia hanya bersifat sementara. Tetapi sebaliknya, permulaan bagi tugas berat yang menanti dihadapan sana selepas kita membuat pelbagai janji dan madah berhelah. Jangan kita sebaliknya selepas ini berubah menjadi lembu yang hanya berpegang kepada tali seperti mana terjadi kepada kerajaan PR.

3. Jadikan kemenangan ini sebagai titik-tolak untuk mencapai kejayaan yang lebih besar, memberikan khidmat yang lebih teratur, adil dan bijaksana, menutup segala tohmahan pembangkang, berdisplin, ikhlas serta jujur. Rakyat didahulukan, pencapaian senantiasa diutamakan. Insyaallah.

Syabas UMNO/BN - Dahulu, Kini dan Selamanya

2 comments:

Jeepers Creepers said...

betul tu ini hanya permulaan. BN menang kerana calon anak tempatan yang terbukti jasanya. cuba kalau calon orang lain kemungkinan besar BN tewas lagi.

Masih banyak lagi yang BN perlu lakukan terutama MCA dan MIC perlu menyelesaikan kemelut dalaman sebelum pru 13.

KHAIRUL NAZRI said...

Salam YB Raz,

Insyaallah

Cars & Formula 1