29 October 2009

Undi Kita Dipermainkan Ahli Politik

MB hantar usul minta Adun Pelabuhan Klang letak jawatan

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengusulkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pusat supaya Badrul Hisham Abdullah meletakkan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang.

Dalam satu kenyataa akhbarnya, di sini, pagi ini, Abdul Khalid berkata usul itu akan dibuatnya hari ini ke Majlis Pimpinan Pusat PKR selepas Badrul Hisham gagal menjawab surat tunjuk sebab mengapa beliau tidak memperbaiki mutu perkhidmatannya. Sumber BH Online

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Komen ADC,

1. YB Badrul Hisham sebenarnya tidak mempunyai ketokohan sebagai wakil rakyat. Perkara ini berlaku adalah kerana ketika PRU12 yang lalu, penyertaan beliau dan PKR di dalam pilihanraya hanya untuk mengacau undi.

2. Rakyat yang tinggal di DUN Pelabuhan Klang sebenarnya tidak menyokong PR tetapi mereka marah dengan sikap serta ketidakadilan yang diamalkan oleh wakil rakyat sebelum ini.

3. Oleh hal yang demikian, bukan perkara yang luar biasa sekiranya kes seperti YB Badrul Hisham berlaku. Tiada komitmen, tidak menjalankan tugas sebagai wakil rakyat yang sepatutnya sedang beliau tidak pernah mempunyai jiwa untuk berkhidmat kepada rakyat.

4. Ketika didalam UMNO dahulu, tidak banyak sumbangan yang dapat ditonjolkan oleh beliau. Ditambahkan lagi UMNO di cawangan beliau ketika itu sering berbalah sesama sendiri. Yang lama enggan mengundur diri sedangkan golongan muda inginkan pembaharuan serta mempunyai ideologi baru yang selaras dengan perkembangan serta kehendak semasa.

5. ADC melihat tindakan MB Selangor memaksa YB Badrul Hisham supaya meletakkan jawatan merupakan suatu langkah yang agak lambat tetapi wajar. Berdasarkan perkembangan semasa, sokongan rakyat tidak memihak keseluruhannya kepada PR lagi.

6. Sebarang pilihanraya baru sebenarnya mengundang masalah baru samada yang diduga atau sebaliknya. Yang jelas, wang rakyat akan digunakan dengan cara yang tidak berhemah dan berkualiti sedangkan perkara-perkara diatas dapat dielakkan sekiranya wakil-wakil rakyat yang berkenaan berhemah, jujur, ikhlas mendahulukan rakyat dan tidak sebaliknya.

No comments:

Cars & Formula 1