03 November 2009

Old Town White Coffee HARAM ?

Sekadar gambar hiasan. gambar pelanggan di OTWC.


Warkah dari Email.

Saya ada cerita yang mahu abe MIE siarkan di dalam blog untuk dibaca kepada seluruh umat Islam di Malaysia, khususnya orang Melayu mengenai perniagaan kafe francais yang diusahakan oleh Old Town White Coffee.

Salah seorang sahabat saya mempunyai modal dan kepakaran di dalam perniagaan restoran berjinak-jinak menceburi bidang bisnes dengan Old Town White Coffee (OTWC).

Pada satu hari, rakan saya telah berjumpa dengan salah seorang pengurus yang diberi peranan untuk mengendalikan usahawan francais di bawah OTWC. Sahabat saya mempunyai modal yang mencukupi dan memiliki lokasi yang strategik untuk membuka cawangan kafe berkenaan. Dia juga sanggup mematuhi peraturan dan prosedur yang akan ditetapkan oleh pihak pengurusan OTWC nanti.

Sewaktu kami pergi ke bahagian berkenaan dan bertanyakan seorang pengurus jabatan francais yang berbangsa Cina, tetapi kami terkejut dengan jawapannya.

"KAMI TIDAK SUKA ORANG MUSLIM (ISLAM) BERNIAGA CAFE KAMI DAN TIDAK BERI PELUANG KEPADA MELAYU".

Dalam hati kecil, kami berkata, OTWC dikunjungi oleh orang Melayu, kenapa perniagaan ini tidak boleh dibuka oleh orang Melayu? Kita sering mendengar mengenai kesamarataan dalam merebut peluang ekonomi yang disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional. Kaum Cina sering kali menuntut hak mereka di Malaysia sedangkan pada masa yang sama mereka tidak mahu berkongsi ekonomi untuk kemakmuran bersama-sama! Kenapa perkara ini berlaku?

Saya dan sahabat saya berborak mengenainya. Kami membuat kesimpulan, bangsa asing (Cina dan India) hanya memonopoli perniagaan untuk bangsa mereka sahaja dengan tidak mahu berkongsi dengan orang Melayu. Pada masa yang sama, orang asing menuntut hak yang sama rata daripada orang Melayu dalam bidang politik dan ekonomi serta mengambil keuntungan daripada orang Melayu. Baca selanjutnya klik sini.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ulasan ADC,

1. ADC pernah sekali mengunjungi OTWC ketika mana restoran tersebut baru dibuka di Port Klang atas pelawaan sahabat. First impression ADC tentang restoran tersebut memang jelas tidak sesuai untuk umat Islam mengunjungi apatah lagi makan dan minum disitu.

2. Pengunjung dari pelbagai bangsa bebas menikmati apa jua minuman samada yang biasa mahupun yang beralkohol. Ini ditambahkan lagi para pekerjanya ketika itu kebanyakan dari bangsa cina. Di bahagian kitchen terdiri dari pekerja Bangladesh ataupun Nepal.

3. Maka, jelas tulisan artikel yang tersebut diatas ada kebenarannnya. Secara peribadi ADC berpendapat bahawa umat Islam tidak patut malah patut ditegah dari mengunjungi restoran OTWC bukan kerana atas dasar diskriminasi kaum tetapi terang-terang restoran tersebut tidak HALAL untuk menikmati makanan dan minuman.

4. Kepada sahabat-sabahat muslim diluar sana, sekiranya tempat tersebut menjadi kegemaran untuk bersantai selama ini, maka hari ini elok benar mengkaji dan berfikir semula. Pilihlah restoran yang sesuai dan diyakini HALAL untuk kita semua umat Islam.

5. Lupakan segala glamor dan status kualiti restoran tersebut sedangkan kita boleh memilih banyak lagi restoran lain yang menyajikan makanan dan minuman yang HALAL, suasana santai dan tenang. Paling tidak pun kepada usahawan Melayu Muslim kita, wujudkan restoran-restoran seumpama itu yang HALAL tanpa mengorbankan kualiti perkhidmatan serta citarasa.

4 comments:

GOMO said...

chin peng pemilik old town tu. ngeh dan ngah yang menguruskan nya

KHAIRUL NAZRI said...

itu sudah pasti....

Admin_kembaraPKNS said...

bro...ari tu wa minum kat cawangan jalan kapar. Staf nya separuh orang melayu. kesian mereka minta dia orang cari kerja tempat lain la

EZYPREPAID said...

senang ajer bukak RADIX FRIED CHIKEN KAT SEKITAR LEMBAH KLANG...