14 November 2009

Tiada Jiwa Guru

Guru punca pelajar bosan

Sikap guru yang membosankan dan tidak tahu menggunakan pendekatan psikologi bagi menarik perhatian pelajar menjadi punca kepada kegiatan ponteng sekolah.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, situasi itu terjadi disebabkan ada antara guru tidak ikhlas melakukan pekerjaan itu.

Menurutnya, segelintir guru ini tidak berminat menjadi guru namun ekoran ketiadaan pilihan lain, mereka terpaksa menerima pekerjaan berkenaan.

''Apabila tiada minat, mereka ini sekadar melepaskan syarat sahaja mengajar murid-murid di sekolah tanpa ada sebarang kesungguhan dan komunikasi dua hala.

''Inilah punca sebenarnya membuatkan pelajar berasa bosan berada dalam kelas,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini. Baca di sini


Komen ADC,

1. Secara peribadi ADC melihat guru hari ini sebagai seorang pekerja biasa yang dibayar gaji setiap bulan untuk memebuat kerja-kerja seperti mana yang diarahkan oleh ketua. Guru-guru keluaran maktab-maktab perguruan atau sebagainya tidak lebih sekadar menjadikan karier guru yang hebat tetapi suatu pilihan terakhir untuk mendapat kerja setelah jawatan yang diimpikan tidak menjadi kenyataan.

2. Maka hari ini kita dapat melihat betapa tidak kreatifnya guru-guru di dalam menangani masalah pelajar samada dari segi disiplin, psikologi malah hubung guru dan anak murid itu sendiri.

3. Guru-guru hari ini melihat anak-anak murid mereka sebagai satu produk sedangkan dalam pada masa yang sama anak-anak mereka dilihat sebagai produk juga oleh guru-guru yang lain.

4. Kenapa begitu? Guru-guru hari ini hanya berminat untuk bekerja untuk mendapat gaji semata-mata. Samada produk yang mereka dipertanggungjawabkan untuk mendidik dan menjadikan ia berguna di pasaran luar kelak bukan menjadi keutamaannya.

5. Akibatnya, produk-produk ini tidak melihat guru sebagai tempat yang berguna kepada mereka untuk memenuhi kehendak naluri dsbnya.

6. Mungkin, senario ini berhubung kait dengan kemajuan semasa yang jelas menitik berat materialistik yang mana kita semua berlumba-lumba untuk mengumpul harta, wang ringgit dsbnya setiap hari dan samada sedar atau tidak, kita meninggalkan jiwa dan roh murni kepada anak-anak yang belum mengerti apa-apa.

No comments:

Cars & Formula 1