16 November 2009

Layak ke Anwar?

ANWAR SEBAGAI PENASIHAT EKONOMI

1. Saya ucap taniah kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana berjaya menganugerahkan Dato Seri Anwar Ibrahim dengan jawatan penasihat ekonomi dengan bayaran hanya RM1 setahun.

2. Mungkin kepimpinan Kerajaan Selangor tidak tahu akan prestasi Dato Seri Anwar sebagai Menteri Kewangan Kerajaan Pusat diwaktu krisis kewangan melanda Malaysia.

3. Dia begitu taksub dengan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF - International Monetary Fund) dan Bank Dunia sehingga menerima bulat-bulat nasihat Michel Camdessus (pengarah urusan IMF) dan James Wolfensohn (presiden Bank Dunia dan sahabat karibnya) supaya negara ini mengurangkan perbelanjaan Kerajaan untuk mencapai surplus, menaikkan faedah pinjaman bank dengan tinggi supaya peniaga kekeringan modal dan tidak dapat berniaga, memendekkan masa untuk membayar hutang bank daripada enam bulan kepada tiga bulan untuk menjadikan yang berhutang muflis dan bank dibeban dengan hutang tak berbayar (non-performing loans), supaya bank tidak dapat berfungsi dan memerlukan suntikan modal dan bermacam lagi tindakan yang melemahkan dan memburukkan lagi ekonomi negara ini supaya terpaksa mendapat bantuan IMF dan Bank Dunia dengan syarat ekonomi Malaysia diserahkan kepada institusi-institusi ini. Baca selanjutnya di sini.


Komen ADC,

1. Tiada yang yang lebih arif lagi maha mengetahui bagaimana Anwar Ibrahim mengendalikan ekonomi negara semasa beliau memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan dahulu melainkan Tun Mahathir sendiri.


2. Dalam blog Tun hari ini, jelas beliau melihat bahawa kerajaan Selangor tidak menyelidik dengan lebih mendalam serta mengambil kira perkara-perkara yang harus dan perlu di dalam pengendalian ekonomi terutama ekonomi negeri yang termaju di Malaysia seperti Selangor sebelum melantik Anwar menjadi "Tuan" Penasihat (25 persen?) Ekonomi Negeri Selangor Darul Ehsan.


3. ADC yakin akan apa yang Tun Mahathir katakan itu dan kepada mereka-mereka yang pernah merasa betapa peritnya mengharungi kesan kegawatan ekonomi tahun 97-99, besar kemungkinan melihat keputusan kerajaan Selangor yang diterajui oleh MB Khalid adalah sebagai langkah yang silap.


4. Kita tunggu dan lihat sahaja selepas ini.


3 comments:

halim tuah said...

berpendapat bahawa perlantikan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sbg Penasihat Ekonomi Negeri Selangor adalah 'JALAN BELAKANG' penguasaan secara rasmi ke atas YAB Tan Sri Khalid Ibrahim. ANWAR yg mempunyai kedudukan hiraki politik lebih tinggi dari KHALID, akan mengakibatkan KHALID tunduk kpd ANWAR yg 'RAKUS KUASA'! Perlantikan ini dianggap 'DERHAKA' terhadap DYMM Sultan Selangor yg melantik KHALID, juga 'MENGGADAI' hak Rakyat Selangor.

PERLANTIKAN DERHAKA ini harus ditentang habis-habisan hingga ianya DITARIK-BALIK!!!

http://www.youtube.com/watch?v=O1vCIflmfDg

Jeffry said...

SLM BRO..ANUWAR JADI MENTERI PASOLA DI KERAJAAN BWH POKOK NEGERI PASIR BERDENGUNG BOLEY LAAA KEHKEHKEH

KHAIRUL NAZRI said...

Salam,

Agak menghairankan kepada kita semua betapa seorang pakar ekonomi seperti TS Khalid boleh melantik seorang penyamon ekonomi seperti Anwar...