26 November 2009

PR Selangor larang kursus Biro Tata Negara ?


Bimbang dengan pengaruh yang semakin merosot, kerajaan Selangor telah mengambil keputusan melarang kakitangan awam dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) milik negeri ini daripada mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) berkuat kuasa serta merta.

Langkah itu diambil kononnya kursus tersebut didakwa sebagai proses doktrinisasi oleh Barisan Nasional (BN) hingga mencetuskan fenomena perkauman.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr. Halimah Ali berkata, surat arahan kepada semua jabatan, IPT serta anak-anak syarikat milik penuh kerajaan negeri akan dikeluarkan segera.

"Kita merasakan kursus BTN adalah proses doktrinisasi BN yang menimbulkan fenomena perkauman dan seolah-olah memecah belahkan penduduk pelbagai bangsa dan agama.

"Peserta kursus juga dilaporkan diberi risalah mengandungi pelbagai perkara yang boleh menimbulkan kebencian kepada pembangkang,'' katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Exco di sini hari ini. Baca di sini


Komen ADC,

1. Berdasarkan sejarah dan fakta, Biro Tatanegara (BTN) ditubuhkan pada 1981, melaksanakan program yang menepati objektif utama iaitu memupuk semangat patriotisme, membina sikap berteraskan nilai murni dan penghayatan cintakan negara di kalangan warganegara. Era Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Tun Razak peranan BTN ialah menerapkan semangat gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

2. Pada tahun 1980-an, semasa program belia, fungsi Biro Tatanegara (BTN) ketika itu ialah mengawasi kegiatan gabungan belia dan pelajar bagi memastikan mereka bertindak selaras dengan kehendak aspirasi negara.

3. Pada tahun 1981, selaras dengan keputusan Kerajaan, fungsi BTN telah diperluaskan untuk memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara serta meningkatkan semangat keislaman di kalangan semua lapisan masyarakat termasuk belia, pelajar, kakitangan kerajaan dan sektor swasta.

4. Antara lagu yang sering dinyanyikan dalam kursus BTN ialah lagu Warisan. Peserta dibimbing untuk memahami perkara yang tersurat dan tersirat dalam lagu tersebut. Meskipun kelihatan semangat kemelayuan yang ketara dalam lagu tersebut, namun objektifnya ialah bagi mengeluarkan orang Melayu daripada kancah kemiskinan dan akhirnya mencapai matlamat utamanya iaitu perpaduan kaum. Hal ini adalah selari dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) iaitu membenteras kemiskinan tanpa mengira kaum dan merapatkan jurang ekonomi antara kaum di Malaysia. Kerajaan amat sedar bahawa perbezaan taraf ekonomi dan sosial antara kaum di Malaysia adalah penyebab utama berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

5. Seterusnya pada November 1986, aktiviti BTN diperjelas dan diperkembangkan kepada melatih pemimpin dan bakal pemimpin supaya mereka mendukung usaha-usaha pembangunan dalam beberapa bidang seperti agama, sosial, politik, ekonomi dan pendidikan.

6. Pada tahun 1992, Jawatankuasa Penyelaras Latihan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri telah memutuskan BTN melaksanakan Program Bina Negara yang melibatkan penganjuran kursus, seminar dan aktiviti yang bercirikan latihan perubahan sikap. Program Bina Negara telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri serentak dengan Kursus Bina Negara 1 yang diadakan pada 1 hingga 4 Januari 1992.

6. Antara Objektif murni BTN adalah mencipta semangat patriotisme dan cintakan negara di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia dengan memberikan keutamaan kepada golongan pelajar, cendekiawan dan pemimpin-pemimpin masyarakat dengan hasrat mewujudkan satu negara dan bangsa yang kuat dan bermaruah melalui rancangan latihan dan penyelidikan kemasyarakatan. Memberi sumbangan bermakna dalam usaha mencipta kegemilangan masyarakat Malaysia. Pembina semangat patriotisme negara yang terkemuka dan utama.

7. Penyertaan dalam Kursus BTN adalah wajib untuk semua pelajar yang mendapat biasiswa kerajaan untuk ke luar negeri. Tujuan kursus tersebut adalah untuk menyemai semangat kenegaraan di kalangan pelajar tersebut agar terus bersikap patriotik ketika di luar negeri. Namun begitu, timbul banyak aduan daripada peserta kursus tersebut (terutamanya yang berketurunan bangsa minoriti) bahawa terdapat jurulatih BTN yang menyebarkan idealogi yang bersifat perkauman, hinggakan ke tahap menimbulkan kebencian terhadap kaum-kaum minoriti di Malaysia.

8. BTN pada dasarnya ditugaskan menyampaikan maklumat berasaskan fakta sejarah dan tidak menyentuh sentimen perkauman secara sempit.Tidak timbul langsung soal memperkecil dan memburukkan kaum bukan Melayu kerana perkara yang disampaikan berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan.

9. Berdasarkan fakta diatas adakah kita berasa kursus BTN adalah proses doktrinisasi kerajaan yang akan menimbulkan fenomena perkauman dan memecah-belahkan penduduk pelbagai bangsa dan agama? Tanyalah diri sendiri !!

6 comments:

Anak Perelih said...

nampak sangat anda tidak pernah mengikuti kursus BTN ini.. terutamanya 10 tahun kebelakangan ini.. sehingga anda tidak mengetahui apa ayng diajar didalam kursus itu... Kursus BTN ini akan mengagalkan konsep 1Malaysia....

Demang Lebar Daun said...

Tahniah atas penerangan yang baik serta fakta sebenar. Mohon untuk disalin ke blog Waadat.

Terima kasih.

Jeffry said...

SLM BRO..STUJU PENDAPAT BRO. MUNGKIN DIORANG NI LANGSUNG XDE SMANGAT PATRIOTIK SBB CEMBURU BILA TENGOK RAKYAT LEBIH PATRIOTIK DR MEREKA

KHAIRUL NAZRI said...

Salam Anak Perelih,

1. Secara jujur memang saya tidak pernah mengikuti kursus BTN kerana saya bekerja di pihak swasta.

2. Saya juga percaya bahawa pihak-pihak yang menentang dan mengharamkan BTN ini juga tidak pernah mengikuti kursus BTN yang mana secara logik mereka tidak mengetahui secara khusus modul kursus itu sendiri.

3. Secara peribadi apabila sesuatu perkara yang menjurus kepada menjadikan bangsa sendiri kuat dan bersatu padu, kita seharus berusaha menerima secara positif walaupun ia tampak salah di kaca mata sendiri. Kita juga harus bersama-sama memperbetulkan apa yang sepatut dan seharusnya demi untuk kebaikan bersama daripada kita melanyak bangsa kita sendiri sedangkan bangsa-bangsa lain bertepuk tangan...

KHAIRUL NAZRI said...

Salam saudara Demang,

Setiap perkara yang ditulis ini boleh diambil pada bila-bila masa demi untuk kebaikan kita semua.

Insyaallah

KHAIRUL NAZRI said...

Salam saudara Jeffery,

Kita seharusnya bersikap patriotik setiap masa samada demi bangsa melayu serta untuk rakyat Malaysia amnya.

Cuma ada seekor B.A.B.I yang membawa N.AJIS ke dalam masyarkat dan rakyat Malaysia yang mengucar-kacirkan kita selama ini. Ayuh, kita hancurkan mereka-mereka ini.