01 January 2010

Allah : Apa pula selepas ini



Gereja dibenar guna kalimah Allah

Gereja Katolik dibenarkan menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald - The Catholic Weekly setelah Mahkamah Tinggi berpendapat bahawa setiap individu mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan Allah.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Lau Bee Lan ketika membenarkan permohonan tersebut berkata, Gereja Katolik selaku pemohon mempunyai hak untuk berbuat demikian di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa menjadi satu kesalahan bagi seseorang bukan Islam untuk menggunakan perkataan Allah kepada umat Islam untuk menyebarkan agamanya.

Bagaimanapun, katanya, ia bukanlah satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan perkataan itu sesama mereka bagi tujuan agama mereka.

Hakim tersebut juga bersependapat dengan pemohon bahawa Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Islam selaku agama rasmi tidak memberi kuasa atau membenarkan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia menghalang gereja tersebut daripada menggunakan perkataan Allah.

Penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan itu juga, menurut beliau, merupakan sebahagian daripada hak untuk bersuara sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan. Baca selanjutnya di sini.


Komen ADC,

1. Secara peribadi ADC melihat perkara ini tidak lebih betapa Paderi-Paderi Kristian kini amat terdesak untuk mencari penganut-penganut baru terutama dari kalangan umat Islam yang tampak kini amat mudah terpesong pegangannya.

2. Penggunaan nama Allah di dalam setiap majalah malah mungkin selepas ini dalam setiap ceramah di gereja-gereja mereka akan memudahkan lagi penyebaraan Kristian yang sememangnya dibuat secara halus, sistematik, persuasif berbanding dari dakwah-dakwah Islam itu sendiri.

3. Kita samada sedar atau tidak betapa gereja-gereja ini mempunyai sumber kewangan yang amat besar kerana mereka disokong dan dibantu oleh kuasa-kuasa besar yang sememngnya agenda utama mereka untuk menguasai seluruh dunia termasuk menguasai agama dsbnya.

4. Dengan menyamakan perkataan Allah ini pastinya pemesongan serta akhidah terutamannya umat Islam menjadi semakin mudah. Pastinya selepas ini harga setiap umat Islam yang di kristiankan akan menjadi lebih tinggi dan ADC pasti bahawa setiap orang yang meninggalkan agama mereka dan memeluk agam Kristian juga mendapat habuan yang lumayan juga. Macam perniagaan "Multi-Level" juga.

5. Oleh hal yang demikian, kita sebagai umat Islam yang masih berpegang teguh kepada ajaran Nabi Muhammad SAW serta perintah Allah SWT, harus melihat perkara ini dengan lebih serius dan berhati-hati. Perang Salib sebenarnya tidak pernah berakhir sehinggalah kita tunduk kepada Kristian. lebih malang lagi sekiranya umat kita sendiri menjadi tali barutnya.


SELAMAT TAHUN BARU 1431 HIJRAH & 2010 MASIHI

No comments:

Cars & Formula 1