26 May 2008

Letih Sudah Tun Mahathir

Hari ini 19 Mei 2008 tercatat dalam sejarah Malaysia, seorang negarawan ulung, Tun Dr. Mahathir keluar daripada parti yang telah beliau perjuangkan sejak zaman penentangan terhadap Malayan Union lagi!

Beliau telah hidup pada era penjajahan british, era pemerintahan Jepun, era Persekutuan Malaya, era Malaysia dan era Singapura terlepas ke tangan orang bukan Melayu. Beliau juga telah menyaksikan peralihan zaman ini daripada sebuah jajahan British yang amat mundur kepada sebuah negara yang termaju di Asia Tenggara.

Sebagai seorang ahli politik yang berpengalaman luas, Tun Dr. Mahathir mempunyai gerak hati yang tersendiri dalam mem’ramal’kan masa depan politik di negara ini berdasarkan situasi politik semasa. Kita semua juga telah menyaksikan betapa beliau di usia persaraan ini telah bersusah-payah meyakinkan pemimpin-pemimpin UMNO betapa perlunya perubahan dalam kepimpinan dibuat dengan kadar segera bagi menyelamatkan UMNO dan bangsa Melayu.

Sejak peristiwa kehilangan 2/3 majoriti BN di parlimen pada PRU12 sehingga semalam, saya dapati Tun Dr. Mahathir telah berhempas-pulas dengan pelbagai cara bagi meyakinkan pemimpin-pemimpin dan juga seluruh ahli UMNO di seluruh negara bahawa kepimpinan harus bertukar dengan kadar segera bagi menyelamatkan masa depan bangsa Melayu yang telah dimulakan sejak zaman penentangan Malayan Union lagi. Nampaknya segala hasil usaha beliau pada saat-saat akhir di penghujung usia, adalah sia-sia sahaja. Para pemimpin dan majoriti ahli UMNO sudah lena dibuai mimpi. Kepentingan peribadi jadi keutamaan dan bukan lagi kepentingan bangsa jadi matlamat utama.

19 Mei 2008 adalah kemuncak bagi kudratnya sebagai seorang veteran pejuang kemerdekaan. Beliau sudah tidak berdaya lagi memberikan nasihat, amaran serta peringatan kepada generasi baru UMNO tentang hakikat kehilangan kuasa politik mereka di dalam negara sendiri. Pejuang veteran itu sudah letih. Letih memberi bimbingan kepada anak-anak didiknya yang degil serta tidak mahu menurut nasihat walhal semua itu adalah untuk jaminan masa depan orang Melayu!


kompilasi,

khairulnazri.blogspot.com


No comments:

Cars & Formula 1