20 September 2008

Harga Barang, Bila Nak Naik Cepat, Nak Turun Liat

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- "Harga minyak dah turun, harga barang tak turun-turun!"

"Kalau nak naikkan harga barang memang cepat, tapi nak turun, payah betul!"

Ini antara keluhan yang kita dengar setelah kerajaan pada 23 Ogos menurunkan harga runcit petrol sebanyak 15 sen seliter kepada RM2.55 dan harga diesel sebanyak 8 sen seliter kepada RM2.50 sen.

Kebanyakan pengguna memang sudah tertekan dengan kenaikan harga barangan selepas harga petrol dinaikkan sebanyak 78 sen seliter kepada RM1.92 dan diesel sebanyak RM1 kepada RM2.58 awal Jun lepas.

Seorang rakan mengadu beberapa hari sebelum Ramadan, mengenai mahalnya harga ikan di pasar dan seorang penjual ikan memberi amaran harga ikan akan naik lagi sebab "bulan puasa".

Peniaga ikan itu seperti juga kebanyakan peniaga lain mungkin sudah mencongak-congak keuntungan yang boleh diraih dalam bulan Ramadan dan musim perayaan yang bakal menjelang.

[baca selanjutnya] [sumber : BERNAMA]


No comments:

Cars & Formula 1