15 January 2009

DAP wajar tinggalkan PR dan sertai BN, jika berani


Keluar jika hudud dilaksana

KUALA LUMPUR 14 Jan. - DAP mengancam untuk menarik diri daripada Pakatan Rakyat sekiranya Pas masih mahu melaksanakan undang- undang hudud dan qisas jika pembangkang menerajui negara ini.


Pengerusi DAP, Karpal Singh ketika menyatakan perkara itu mengulangi pendirian bahawa hukum hudud dan qisas bukan menjadi dasar DAP dan tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum Mac tahun lepas.


"Sewajarnya Pas mengambil kira pandangan DAP sebagai anggota dalam Pakatan Rakyat dan menghormati pendirian kami," katanya kepada pemberita di luar perkarangan Istana Negara di sini hari ini.


Terdahulu beliau menyerahkan surat kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai pelantikan Tan Sri Zaki Tun Azmi sebagai Ketua Hakim Negara. Surat itu diterima oleh Setiausaha Istana Negara Zainab Muhammad di luar pagar pintu belakang Istana Negara.


Pada 21 Disember lepas, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, parti itu tidak pernah melupakan dasar perjuangannya untuk menegakkan pemerintahan Islam di negara ini termasuk melaksanakan hukum hudud. Sumber - Utusan


Ulasan blogger,


1. Secara peribadi saya berpendapat DAP wajar meninggalkan Pakatan Rakyat dan menyertai Barisan Nasional. Jelas bahawa PAS menuduh BN khasnya UMNO yang menghalang perlaksanaan Hukum Hudud dan Qisas selama ini sedangkan pada hakikatnya PAS tidak mampu melaksanakannya biarpun BN senantiasa memberi peluang kepada PAS untuk merealisasikan impian mereka.


2. Jika begitu halnya amat sesuailah sekiranya DAP menyertai BN kerana prinsip perjuang mereka yang menolak Hudud dan Qisas anjuran PAS. Walaubagaimanapun, DAP harus pula menerima prinsip-prinsip serta wadah perjuangan BN yang memperjuangkan keadilan kepada semua bangsa dan agama, bersatu untuk memajukan negara dan keamanan bersama yang mana prinsip ini pula tidak selaras dengan perjuangan DAP walaupun terasnya menuju kearah yang sama.


3. Maka, jika DAP keluar dari Pakatan Rakyat kelak, pakatan manakah pula yang DAP harus sertai memandangkan prinsip perjuang mereka amat berbeza dan tiada kompromi. Persoalannya, beranikah DAP keluar dari Pakatan Rakyat ketika ini sedangkan ia memerlukan pakatan untuk membentuk KERAjaan dan kuasa. Tanpa Pakatan Rakyat, DAP hanya sekadar "mythbuster" roket. Busted !!



2 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

DAP bubar masuk MIC atau MCA..atau Gerakan... setuju?

dok dalam BN busuk bau cam najis babi lak...dok dgn PAS pun dah terbabu najis babi walaupun guna teknologi moden...

KHAIRUL NAZRI said...

Salam Abe,

Bagus juga cadangan Abe supaya DAP ini dibubarkan. Maka selepas itu terpulang kepada ahli-ahlinya hendak join mana-mana parti yang bersesuaian dengan etnik mereka.

Mungkin menyertai Kelab Penyokong PAS juga suatu kemungkinan kelak..

Hahahaha...

Cars & Formula 1