13 February 2009

Derhakanya Kita Kini

Siapa sebenarnya penderhaka?


Wan Nordin Wan Yaacob
Fri | Feb 13, 09 | 9:32:02 am MYT


KUALA LUMPUR, 13 Feb (Hrkh) - Sebelum Umno mahu mengambil tindakan melucutkan gelaran Dato' Seri ke atas Ir Mohammad Nizar Jamaluddin atas dakwaan kononnya menderhaka dan menangkap Karpal Singh di bawah ISA atas dakwaan kononnya menghina Sultan Perak, penguasa dan rakyat perlu melihat sejarah ebenar siapa penderhaka sebenarnya.

Mengulas kemelut tersebut Ahli Parlimen Telok Kemang, Dato' Kamarul Baharin Abbas, penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu telah menjadi modus operandi Umno.


"Tetapi sekarang juak-juak Umno mahu menghukum pemimpin Pakatan Rakyat kerana kononnya tidak akur kepada Titah DiRaja. Sebelum itu cuba kita membuka helaian sejarah yang lalu siapa sebenarnya yang mula-mula menghina dan memalukan Raja-Raja Melayu," katanya.


Pertama, pemimpin Umno yang pertama melondeh Raja-Raja Melayu dalam krisis Perlembagaan ialah bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang jelas menghina Raja-Raja Melayu ketika mengurangkan kuasa dan keistimewaan raja-raja Melayu, ujarnya.


Lebih trajis lagi kisah pertabalan Ibrahim Petra sebagai Sultan Kelantan dan kes ini berlaku di Ketereh yang dipimpin oleh Dato' Seri Annuar Musa namun bekas Adun Kok Lanas itu tidak didakwa, katanya


Masih segar dalam ingatan, perkatan 'natang' (binatang) ketika Umno Terengganu khususnya Dato' Seri Idris Jusoh mempertikai perkenan Sultan melantik Dato' Ahmad Said sebagai MB Terengganu.


Namun sehingga kini Idris dan konco-konconya yang melakukan demonstrasi haram selepas piliahan raya umum 8 mac lalu tidak didakwa, tegas Kamarul yang juga Pengerusi Perhubungan KeADILan Negeri Sembilan. Baca selanjutnya di sini.


Komen blogger,


1. Contoh yang baik kita jadikan teladan, contoh yang mudarat kita jadikan sempadan. Penderhakaan adalah satu sikap yang terkandung dalam setiap jiwa manusia. penderhakaan sesama manusia sudah suatu amalan semenjak dari manusia dicipta oleh Tuhan di mukabumi ini.


2. Bermula dari sejarah Nabi Adam diturunkan ke dunia hinggalah yang terkini penderhakaan oleh bekas MB Perak, Nizar Jamaludin. Maka tidak hairanlah sekiranya penderhakaan yang berlaku khususnya di Perak baru-baru ini bukan sesuatu yang luar biasa.


3. Tidak perlu kita mengungkap sejarah bermulanya penderhakaan di tanah Melayu ini sedangkan sudah menjadi resam manusia bahawa unsur-unsur utama dalam pendehakaan ini adalah nafsu. Samada kita ini seorang yang terkenal, alim-ulama, menteri besar, perdana menteri malah penjenayah sekalipun tetap dikurniakan nafsu.


4. Walau bagaimanapun, secara peribadi saya berpendapat bahawa kita perlu untuk menderhaka terhadap sesuatu yang mendatangkan mudarat terutama kepada diri kita, keluarga kita, agama kita, bangsa kita dan seterusnya kepada negara kita yang dicintai ini.


5. Namun dalam konteks Nizar Jamaludin, penderhakaan beliau lebih terarah kepada kekangan nafsu untuk berkuasa, untuk memuaskan hati kawan-kawannya yang semenjak dari dahulu lagi secara strategik dan halus berusaha untuk menguasai Tanah Melayu, untuk meraih sokongan terhadap diri serta partinya disamping untuk menutup pelbagai kesilapan dan kebodohan yang telah beliau lakukan disepanjang 11 bulan di dalam KERAjaan tadikanya itu.


Apa yang hendak kita hairankan...


No comments:

Cars & Formula 1