13 February 2009

LGE Melatah

Guan Eng dakwa NGO bidas Pakatan Rakyat konco UMNO

13/02/2009 2:45pm

PULAU PINANG 13 Feb. - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membidas Pakatan Rakyat dan pemimpinnya berhubung kemelut politik di Perak sebagai konco UMNO.


Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mendakwa, UMNO membangkitkan sentimen kaum untuk kepentingan politik parti itu.


“Mengapa kita mesti membalas dan membuat reaksi kepada konco-konco UMNO?,” katanya ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini yang menyebut pemimpin NGO Melayu mengecam Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bersikap lepas tangan dalam insiden kekacauan politik di Perak.


Laporan itu menyebut mereka mahu Anwar memohon maaf kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan seluruh rakyat Malaysia kerana beliau adalah dalang sebenar yang mencetuskan penentangan terhadap institusi raja secara terbuka.


Lim yang enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu berkata, hanya Anwar berhak menjawab dakwaan itu.


“Saya rasa tanyalah Anwar. Dia (NGO) desak Anwar, Anwarlah jawab,” katanya. - Bernama



Komen blogger,


1. Secara peribadi saya berpendapat LGE hanya melihat NGO-NGO yang menyokong UMNO atau BN sahaja sedangkan di luar sana terdapat banyak lagi NGO-NGO yang condong menyokong parti-parti politik tertentu yang menghentam UMNO dan BN khususnya.


2. Kenyataan LGE ini selaras dengan kenyataan Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan peralihan kuasa kepada BN di Perak yang direstui oleh pihak Istana selepas beliau dipecat dari jawatan sebagai MB Perak yang lalu.


3. Kenapa sekarang LGE baru nampak dan sedar terdapat NGO-NGO yang menyokong UMNO-BN sedangkan sebelum ini, sebelum kejatuhan PR di Perak terdapat macam-macam NGO yang mempertikai itu dan ini terhadap UMNO-BN malah sebahagian ahli Majlis Peguam adalah ahli dan penyokong kuat PR yang acapkali membuat kenyataan-kenyataan yang mengelirukan orangramai terutama orang Melayu disebalik fakta undang-undang dan Perlembagaan.


4. Kalau kita fikirkan kembali, PAS memanipulasikan ayat-ayat suci Al-Quran dengan potongan-potongan ayat tertentu untuk mewajarkan fatwa dan hukum demi untuk meraih sokongan. Dan. di Majlis Peguam pula menggunakan fakta-fakta perundangan dan perlembagaan untuk menutup setiap kebenaran hak dan status bangsa Melayu dengan tujuan meraih keuntungan, sokongan politik serta menuntut hak-hak yang selama ini yang tidak memberikan mereka kelebihan tertentu disebabkan kekangan perlembagaan yang telah dipersetujui sebelum ini.


5. Maka, kenapa perlu LGE mempertikaikan hak NGO-NGO yang berkenaan yang menyokong UMNO-BN yang kini kembali kuat serta kembali mendapat tempat dihati para pengundi yang senantiasa berjuang mempertahankan hak-hak orang-orang Melayu dan dalam pada masa yang sama menghormati hak-hak bangsa lain seperti mana termaktub di dalam perlembagaan negara.


6. Tidakkah itu perkara yang sama yang dilakukan oleh LGE terhadap bangsanya seperti mana yang dilakukan oleh UMNO sekarang. Tidak cukupkan dengan pecahan kek ekonomi Malaysia kini yang lebih memihak kepadda bangsanya. Tidak cukupkah lagi dengan penguasaan dari pelbagai segi dan perkara oleh bangsa mereka ini. Apa lagi yang kau hendak LGE. Buktikan dahulu kepimpinan PR di Pulau Pinang lebih baik dari kerajaan terdahulu daripada sibuk menyelak kain orang lain.


No comments:

Cars & Formula 1