19 February 2009

Wacaya Eliza

Eli: Saya tetap letak jawatan Exco dan Adun

Feb 19, 09 3:08pm

Elizabeth Wong hari ini menegaskan bahawa beliau tetap dengan keputusannya untuk meletakkan jawatan exco kerajaan negeri dan ahli dewan undangan negeri (Adun) Bukit Lanjan.

"Saya telah memaklumkan kepada pemimpin parti saya bahawa saya tetap akan melepaskan semua jawatan saya - sebagai exco kerajaan negeri Selangor dan Adun Bukit Lanjan.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada keprihatinan dan sokongan pucuk pimpinan parti. Saya berharap mereka dapat memahami kesukaran yang sedang saya hadapi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Namun begitu, beliau menegaskan bahawa komitmennya terhadap perjuangan PKR tidak pernah luntur.

"Saya akan kekal sebagai ahli parti dan meneruskan perjuangan bersama parti ke arah sebuah masyarakat yang adil," katanya.

Elizabeth membuat laporan di balai polis Damansara, Petaling Jaya kira-kira jam 11.30 malam 15 Februari lalu, mengenai penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum. Baca selanjutnya disini.


Komen blogger,

1. Perkara yang bagus tentang YB Eliza ini adalah dia mengaku bahawa foto-foto bogel yang menjadi isu kini adalah foto dirinya. Langkah yang beliau ambil untuk meletakkan jawatan exco dan ADUN Bukit Lanjan juga merupakan suatu yang bijak demi kepentingan diri, partinya serta rakyat jelata khususnya.

2. PR, khususnya PKR harus berterimakasih diatas tindakan murni YB Eliza ini. Beliau, sekurang-kurangnya telah menyelamatkan "buntut" PKR dari terus digasak oleh UMNO-BN yang sememangnnya menunggu peluang untuk memulangkan kembali paku serpih kepada PR yang selama ini lebih banyak membuat kenyataan berbanding dari menggerakkan KERAjaan PR.

3. Selepas ini, khabar-khabar angin mengatakan YB dari DUN Pelabuhan Klang juga akan menerima tempias tsunami kejatuhan KERAjaan PR. Sumber-sumber mengatakan bahawa beliau telah menyalahgunakan bantuan kepada anak-anak yatim dan fakir miskin di DUN tersebut untuk kepentingan diri. Walaupun kisah ini belum disahkan kebenarannya namun pihak-pihak yang rapat dengan YB Pelabuhan Klang ini mula mempersoalkan tindakan beliau yang "makan sorang" selain dari dakwaan khalwat keatas dirinya.

Kita tunggu dah lihat sahaja...


No comments:

Cars & Formula 1